HomeIsu PolitikIsu Royalti Terengganu

Isu Royalti Terengganu

Ucapan sulung Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar di dalam perbahasan Titah Agung yang membawa naratif budaya politik matang dan sejahtera didalam ucapan beliau. Ahli Parlimen Kemaman yang baru dilantik selepas PRK Kemaman yang lepas berterima kasih kepada pengundi yang mengundi dan yang tidak mengundi beliau. Beliau menjelaskan bahawa kedua-dua pihak mempunyai peranan masing – masing dan pemimpin perlu berlapang dada. Berkenaan kepimpinan beliau mengukap peribahasa lama “kayu besar di tengah padang tempat bernaung kepanasan tempat berlindung kehujanan, uratnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar” sebagai kesedaran bahawa pemimpin adalah tempat rakyat mengadu nasib mereka.
 
Dalam ucapannya lagi, beliau membawa harapan 1.2 juta rakyat Negeri Terengganu yang mengharapkan kerajaan pusat menunaikan perjanjian royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu. Hal ini rentetan pada tahun 2023, Terengganu hanya menerima RM405 juta daripada Kerajaan Persekutuan walhal anggaran wang ehsan yang sepatutnya adalah sebanyak RM1.5 billion. Ia telah dipersetujui dalam belanjawan 2023. Pembayaran royalti minyak di Malaysia bermula daripada perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri yang membolehkan negeri menerima 5% daripada hasil perolehan petroleum. Ini adalah hasil daripada perjanjian yang ditandatangani pada 22 Mac 1975, di bawah Seksyen 4 Akta Pembangunan Petroleum, 1974.

Sehubungan itu, 2 soalan telah diajukan kepada Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim selaku Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, “Apa kebaikan dan objektif kerajaan pusat dengan memberikan kesukaran kepada Negeri Terengganu dan adakah langkah menekan Terengganu ini tidak berlawanan dengan sifat ehsan dan hormat yang merupakan rukun Malaysia Madani?”

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah membuat permohonan semakan kehakiman terkini yang mendakwa kewujudan dekri tambahan...
Pada 5 Mac 2024, Menteri Besar Terengganu memaklumkan bagi tahun 2023, kerajaan pusat masih belum melunaskan bayaran royalti petroleum kepada...
Sejarah penubuhan PASTI bermula pada akhir tahun 1970-an, dengan pendirian Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI) sebagai jawapan kepada keperluan pendidikan...