HomeIsu PolitikSiasatan pemeriksaan berkanun terhadap PASTI

Siasatan pemeriksaan berkanun terhadap PASTI

Sejarah penubuhan PASTI bermula pada akhir tahun 1970-an, dengan pendirian Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI) sebagai jawapan kepada keperluan pendidikan prasekolah yang berlandaskan Islam. Pada tahun 1987, dengan inisiatif Dewan Pemuda PAS, TASKI yang dimiliki oleh ahli-ahli PAS telah diselaraskan semula dan dikenali dengan nama PASTI. Pada 1988, Jabatan Pendidikan Prasekolah dibentuk di bawah Dewan Pemuda PAS dengan tujuan mengukuhkan lagi pendidikan prasekolah Islam di Malaysia.

Silibus pendidikan di PASTI meliputi subjek Fardhu Ain teori dan amali, hafazan surah-surah pendek dari Al-Quran, hafalan doa-doa harian, pembelajaran asas Bahasa Arab, Inggeris, dan Melayu, asas Tulisan Jawi dan matematik, praktikal solat dan wuduk serta didikan adab dan cara hidup Islam secara menyeluruh.

Kos pendidikan di PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) adalah berbeza mengikut lokasi dan pengurusan setempat. Secara umum, ada PASTI yang mengekalkan yuran serendah RM15 sebulan, terutama di kawasan kampung, dengan purata yuran sekitar RM30 hingga RM40 di kawasan utara. Untuk tahun 2023, yuran tahunan Taska PASTI adalah RM284 dan yuran bulanannya RM90, menjadikannya salah satu taska swasta dengan yuran terendah pada ketika ini.

Sekolah-sekolah di bawah PASTI seringkali mempunyai komuniti ibu bapa dan guru yang kuat, yang bekerjasama untuk memastikan kejayaan dan kesejahteraan pelajar. Ini termasuk penglibatan ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti sekolah dan pendidikan anak-anak mereka.

Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia, YB Steven Sim (DAP – Bukit Mertajam) melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia mengeluarkan arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI). Tindakan ini dilihat sebagai langkah menyekat urusan politik pembangkang apabila sebelum ini juga terdapat dakwaan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia terhadap anak syarikat Menteri Besar Incoperated Kedah (MBI Kedah).

Sumber:

1. Analitika Ilmuwan

2. https://www.sinarharian.com.my/…/tiada-kompromi-majikan…

3. https://malaysiagazette.com/…/kenapa-perlu-keluar-memo…/

4. https://www.utusan.com.my/…/pasti-didik-anak-anak-jadi…/

5. https://pastimalaysia.com/…/pasti-malaysia/latar-belakang

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Sarawak masih belum menerima RM100 juta yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai pembayaran balik dana untuk baik pulih...
Pada tahun 2024, Malaysia menduduki tempat ke-107 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders (RSF). Ini...
Baru-baru ini, tular berita mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar yang membatalkan pengharaman lesen judi di Kedah. Penghakiman itu disampaikan...