HomeIsu KerajaanKawalan Media Malaysia: Laporan Antarabangsa dan Analisa TikTok

Kawalan Media Malaysia: Laporan Antarabangsa dan Analisa TikTok

Pada tahun 2024, Malaysia menduduki tempat ke-107 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders (RSF). Ini merupakan penurunan sebanyak 34 tempat berbanding kedudukan ke-73 pada tahun 2023. Laporan tersebut juga menyatakan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen yang berbilang budaya dengan Raja berperlembagaan namun kerajaan persekutuan mempunyai undang-undang khusus untuk menyekat kebebasan akhbar.
Menurut laporan setengah tahun (Julai-Disember 2023) TikTok pula, Malaysia merupakan negara paling banyak permintaan dari kerajaan untuk menurunkan atau menghadkan bahan atau akaun pengguna. Sebanyak 1,862 bahan atau akaun yang diminta untuk disekat oleh kerajaan. Jika dilihat statistik, Malaysia jauh meninggalkan negara tempat kedua Uzbekistan dengan 651 permintaan dan tempat ketiga Amerika Syarikat sebanyak 421 permintaan.
Beberapa insiden penting tentang sekatan kandungan di media sosial adalah seperti sekatan kepada portal media alternatif MalaysiaNow, TV Pertiwi dan Utusan TV. Juga terbaru, akaun tokoh pemimpin Malaysia masa hadapan Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar turut menerima nasib yang sama apabila laporan dari Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Harun Esa, berkata hampir 20 video berkenaan aktiviti kemasyarakatan dan keharmonian serta ucapan semangat kepada pasukan bola sepak Terengganu turut menjadi mangsa.
Kesimpulannya, penurunan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia dan jumlah permintaan tertinggi dari kerajaan untuk sekatan kandungan di TikTok mencerminkan cabaran besar yang dihadapi oleh kebebasan media di negara kita. Kerajaan perlu memberikan perhatian khusus untuk memastikan media dapat beroperasi dengan bebas dan tanpa tekanan yang tidak wajar.

Sumber:
1.https://www.bernama.com/en/news.php/news.php?id=2313542
2.https://www.tiktok.com/…/government-removal-requests…/
3.https://rsf.org/en/country/malaysia
4.https://www.thestar.com.my/…/malaysia039s-press-freedom…
5.https://www.trdi.my/video-tiktok-mb-terengganu-dipadam…
6.https://www.sinchew.com.my/news/20240716/nation/5766072

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Susulan kenyataan media daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), semua perkhidmatan media sosial seperti Google, Meta, dan TikTok perlu...
Hantaran sebelum ini kita melihat reaksi netizen terhadap dana syarikat arak bagi sebuah konsert amal di salah sebuah sekolah di...
Sejak 18 Julai, tular di media sosial mengenai kehadiran Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Konsert Amal Pendidikan yang...