30 September 2019
Kajian rintis merupakan kajian awal berskala kecil yang dilaksanakan sebelum kajian sebenar.
Ianya dilakukan bagi melihat kebolehlaksnaan sesuatu kajian yang bakal dilakukan.
Memberi panduan awal kepada pengkaji sekiranya:
1) kajian sebenar yang akan dilakukan akan bermasalah
2) garis kasar cadangan kajian kurang mantap
3) instrumen kajian yang digunakan kurang sesuai
Data di analisis untuk memastikan item-item mempunyai kebolehpercayaan iaitu konsistensi dalaman yang tinggi.
1) Menguji dan membina keberkesanan instrumen kajian
2) Menilai kesesuaian reka bentuk kajian
3) Menilai sama ada rangka dan teknik persampelan berkesan
4) Mengenal pasti masalah yang mungkin timbul dalam kajian sebenar
5) Menilai kesesuaian soalan kajian
6) Melatih pengkaji menguruskan kajian sebenar dengan lancar dan berkesan
7) Menilai keberkesanan teknik analisis kajian yang bakal digunakan
Subjek yang dicadangkan adalah 30-40 subjek.
Menggunakan subjek kajian yang bukan merupakan subjek populasi kajian bag mengelakkan masalah pencemaran kajian rintis.
Subiek lain tersebut mempunyai ciri-ciri yang sama dengan ciri-ciri subjek populasi kajian.
Contoh: menggunakan sampel guru-guru sekolah kebangsaan di Cy-berjaya (berdekatan) yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan subjek kajian iaitu guru-guru di sekolah kebangsaan di Putrajaya.
Soal selidik merupakan instrumen utama dalam penyelidikan kuantitatif.
Soal selidik yang baii berupaya mencapai objektif kajian serta dapatan yang memberi penyelesaian terhadap isu dan masalah yang dihadapi.
Soal selidik juga perlu dapat mengukur pembolehubah kajian serta mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.
1) Mempunyai format tertentu misalnya tajuk, pendahuluan yang menyatakan tujuan kajian, arahan solan serta bahagian yang mengukur pembolehubah
2) Menggunakan perkataan yang mudah dan ringkas sementara akronim atau perkataan teknikal dielakkan
3) Susunan soalan mengikut susunan yang teratur atau segmen yang tertentu misalnya demografi
4) Soal selidik perlu menialani kajian pra dan kaiian rintis sebelum kaiian lapangan sebenar dijalankan
5) Setiap item dinyatakan dengan jelas
6) Perkataan bersifat mum sebaiknya disertakan contoh
7) Pastikan soalan tidak panjang
8) Elakkan dua penyataan berbeza dalam satu item
9) Elakkan soalan berbentuk jangkaan (hipotetikal)
10) Elakkan kategori jawaban yang bertindan
1) Soalan jenis tertutup: Pilihan jawapan disenaraikan bag membolehkan responden memilih jawapan yang paling tepat menggambarkan pilihannya
2) Soalan jenis terbuka: Responden bebas mengemukakan jawapan
menggunakan ayat sendiri bagi seoalan yang dikemukakan
3) Soalan jenis kontinjensi: Responden perlu menjawab solan lanjutan dari jawapan yang dipilih daripada solan sebelum itu
Terdapat beberapa kategori soalan jenis tertutup yang diaplikasi dalam
soal selidik misalnya:
* Dikotomus (2 pilihan)
* Aneka pilihan
* Skala keutamaan (rating)
* Skala Likert
* Matriks
* Kotak semakan (checkbox)