HomeIsu PolitikPengharaman Judi Kedah Dibatalkan

Pengharaman Judi Kedah Dibatalkan

Baru-baru ini, tular berita mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar yang membatalkan pengharaman lesen judi di Kedah. Penghakiman itu disampaikan pada 20 Jun lalu, memihak kepada wakil tiga syarikat perjudian yang memfailkan saman terhadap kerajaan Kedah. Mahkamah juga mengarahkan kerajaan negeri Kedah, Menteri Besar, dan Majlis Bandaraya Alor Setar serta datuk bandar untuk membayar pampasan kepada syarikat perjudian atas sebab mengalami kerugian. Pada 24 Jun, kerajaan negeri Kedah memohon penangguhan sementara pelaksanaan keputusan bagi menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan. Perkara yang sama juga dibuat oleh pengendali syarikat perjudian terhadap kerajaan negeri Perlis, namun Mahkamah Tinggi Kangar menolak permohonan mereka pada 11 Januari tahun ini.

Sentimen netizen di media sosial adalah positif terhadap kerajaan negeri Kedah. Facebook dan TikTok masing-masing menerima 95% dan 90% sentimen positif daripada netizen. Namun, di X, 60% sentimen adalah negatif terhadap kerajaan negeri Kedah. Di Facebook, interaksi tertinggi netizen dilihat memenuhi ruang komen dan reaksi di laman berita, manakala di TikTok, video dari akaun “Deejay Asyraf” mendapat interaksi tertinggi dengan 77,000 “like”. Di X, ciapan dari @marchfoward mendapat 500 retweet dan hanya 1500 “like”. Komen-komen majoriti di Facebook dan TikTok menyokong kerajaan negeri Kedah serta menyoal mengapa Menteri Agama senyap akan isu ini. Terdapat juga netizen yang menyuruh kerajaan negeri Kedah untuk meneruskan kes ini di Mahkamah Rayuan. Di X pula, komen netizen mengatakan bahawa judi adalah hak orang bukan Islam dan kerajaan negeri Kedah tidak memahami undang-undang.

Keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar ini mencetuskan perbincangan di kalangan netizen dengan majoriti menunjukkan sokongan terhadap kerajaan negeri. Tindakan kerajaan negeri Kedah yang memohon penangguhan sementara pelaksanaan keputusan mahkamah juga menunjukkan kesungguhan dalam mempertahankan keputusan asal mereka, sambil menunggu hasil rayuan di Mahkamah Rayuan. Kes ini akan menjadi penanda aras kepada beberapa kerajaan negeri yang sebelum ini juga mengharamkan perjudian di negeri mereka.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Sarawak masih belum menerima RM100 juta yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai pembayaran balik dana untuk baik pulih...
Pada tahun 2024, Malaysia menduduki tempat ke-107 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders (RSF). Ini...
Pada 9 Julai, satu surat dari Speaker Dewan Rakyat memutuskan bahawa 6 kerusi yang diwakili Ahli Parlimen (MP) Bersatu yang...