HomeIsu KerajaanIsu Kejatuhan Ringgit berbanding Dolar AS

Isu Kejatuhan Ringgit berbanding Dolar AS

Netizen mendesak untuk Formula Baru dari Kerajaan
 
Isu kejatuhan ringgit berbanding dolar AS masih hangat diperdebatkan di media sosial, terutamanya di Facebook dan X. Analisis terkini oleh AI menunjukkan bahawa ada usaha daripada penyokong kerajaan untuk menepis kritikan terhadap kerajaan. Di platform X, situasi ini dapat dilihat dengan jelas di mana hujah yang mengatakan ekonomi semasa zaman PN juga tidak stabil, dijawab oleh netizen dengan menyatakan bahawa situasi Covid-19 tidak boleh dibandingkan dengan masa sekarang di mana semua sektor telah dibuka.
 
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, isu penurunan nilai mata wang ringgit tidak dibincangkan di dalam mesyuarat Jemaah Menteri Malaysia. Beliau juga menegaskan bahawa keputusan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang berada di bawah tanggungjawab Bank Negara Malaysia, meskipun ada saranan untuk kerajaan meningkatkan OPR semasa.
 
Penurunan nilai ringgit ini juga menarik perhatian media utama di negara jiran seperti Singapura dan Indonesia. Misalnya Channel News Asia (CNA) yang berpengkalan di Singapura melaporkan dengan judul “Analysis: Ringgit’s record-breaking decline could trigger public unhappiness, spell political trouble for Malaysia PM Anwar”. Dalam artikel tersebut, Dr James Chin daripada Universiti Tasmania mengatakan “Malaysia adalah negara perdagangan, jadi segala barang yang diimport akan menjadi lebih mahal secara automatik” kata Dr Chin. Kos sara hidup di Malaysia akan menjadi sangat tinggi dengan gaji yang statik. Bagi golongan pekerja dan kelas bawahan, kenaikan ini akan benar-benar memberi kesan kepada taraf dan kualiti hidup rakyat tambah beliau.
 
Akhir sekali, walaupun ada kenaikan sokongan kepada kerajaan di media sosial, momentum sokongan itu masih belum mampu mengatasi rasa kecewa netizen keseluruhannya. Realitinya, keputusan pembaharuan ekonomi yang diambil oleh kerajaan belum memberikan impak yang positif dan dapat dinikmati oleh rakyat marhaen.
 

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Sarawak masih belum menerima RM100 juta yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai pembayaran balik dana untuk baik pulih...
Pada tahun 2024, Malaysia menduduki tempat ke-107 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders (RSF). Ini...
Baru-baru ini, tular berita mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar yang membatalkan pengharaman lesen judi di Kedah. Penghakiman itu disampaikan...