HomeIsu PolitikTunggakan Bayaran Royalti/Wang Ehsan Terengganu

Tunggakan Bayaran Royalti/Wang Ehsan Terengganu

Pada 5 Mac 2024, Menteri Besar Terengganu memaklumkan bagi tahun 2023, kerajaan pusat masih belum melunaskan bayaran royalti petroleum kepada kerajaan Negeri Terengganu sepenuhnya. Beliau menambah bahawa langkah menekan Terengganu ini adalah berlawanan dengan sifat ihsan dan hormat yang menjadi rukun dalam Malaysia Madani. Pada 21 Mac 2024, Perdana Menteri Malaysia, menjawab persoalan tunggakan ini dengan mengatakan bahawa Terengganu mendapat dana pembangunan lebih besar berbanding kerajaan sebelum beliau. Namun peruntukan ini disalur secara terus kepada rakyat tanpa melalui kerajaan negeri atau ahli parlimen.

Menurut laporan berita dari kinitv.com, dalam ucapan Dato’ Sri Anwar Ibrahim sendiri mengaku bahawa kerajaan dibawah pimpinan beliau hanya membayar royalti sebanyak RM786 juta kepada Terengganu pada tahun 2023 sekaligus mengesahkan tuduhan dari Menteri Besar Terengganu.

Sentimen netizen di Facebook dan TikTok, adalah negatif terhadap Kerajaan Pusat. Antara komen yang direkodkan, netizen merasakan jawapan Perdana Menteri tidak menjawab persoalan tentang duit royalti/wang ehsan kerana beliau menjawab berkenaan peruntukan pembangunan yang semua sedia maklum adalah tanggungjawab federalisma kerajaan pusat terhadap kerajaan negeri. Ada juga mengatakan bahawa kerajaan pusat membalas dendam terhadap rakyat yang tidak menyokong beliau pada PRU yang lepas. Ini rentetan siri peruntukan dana kepada semua ahli parlimen yang masih lagi diperdebatkan di dalam perbahasan parlimen.

Berlawanan pula di platform X dimana netizen menyokong tindakan PMX dengan menyatakan bahawa tindakan Perdana Menteri adalah benar kerana Terengganu tiada hak royalti akan tetapi hanya wang ehsan dan mengesa Kerajaan Terengganu mencari pendapatan sendiri selain mengharapkan duit royalti. Namun pekara ini hanyalah mainan istilah kerana sama ada wang royalti atau wang ehsan, dana tersebut adalah hak kerajaan negeri Terengganu seperti yang termaktub dibawah Seksyen 4 Akta Pembangunan Petroleum, 1974.

Konflik mengenai pembayaran royalti minyak antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Terengganu ini mencerminkan ketegangan dalam semangat federalisme. Pada sisi lain, terdapat kekecewaan terhadap pengakuan kerajaan pusat terhadap pembayaran royalti yang belum memenuhi jumlah yang sepatutnya. Di samping itu, argumen bahawa wang royalti atau wang ehsan hanyalah isu terminologi, kerana pada kepemimpinan sebelum ini dana tersebut digelar sebagai Wang Tunai Petroleum dan Dana Khas Kerajaan Persekutuan. Rakyat negeri Terengganu menjadi mangsa keadaan terhadap isu yang berlaku ini dimana wang yang sepatutnya digunakan untuk masyarakat Terengganu, telah dinafikan oleh kerajaan pusat.

Sumber:

1. Analitika Ilmuwan

2. https://www.bharian.com.my/…/kerajaan-tak-zalim-tak…

3. https://www.utusan.com.my/…/dana-pembangkang-disekat…/

4. https://www.terengganu.gov.my/…/1926-rakyat-terengganu…

5. https://www.kinitv.com/bm/berita/134955

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah membuat permohonan semakan kehakiman terkini yang mendakwa kewujudan dekri tambahan...
Sejarah penubuhan PASTI bermula pada akhir tahun 1970-an, dengan pendirian Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI) sebagai jawapan kepada keperluan pendidikan...
Ucapan sulung Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar di dalam perbahasan Titah Agung yang membawa naratif...