HomeIsu KerajaanRinggit Malaysia Melemah

Ringgit Malaysia Melemah

Netizen Kesal, Mengharap Tindakan Proaktif PM

Pada 20 Februari 2024, Utusan Malaysia melaporkan penurunan harga ringgit berbanding dolar AS sehingga RM4.798. Kejatuhan ringgit ini hampir menyamai paras terendah RM4.885 pada tahun 1998. Perdana Menteri Malaysia (PM), YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, enggan memberikan komen mengenai isu kejatuhan ini apabila ditanya wartawan, sebaliknya meminta wartawan untuk mengajukan soalan tersebut kepada Gabenor Bank Negara Malaysia.

Susulan berita kejatuhan matawang Ringgit Malaysia dan keengganan PM untuk mengulas tentang isu ini, data AI menunjukkan bahawa isu ini menjadi tular di ketiga-tiga platform media sosial iaitu Facebook, X, dan TikTok. Di Facebook, hampir 150,000 engagement telah direkodkan dan ia berlegar di laman akaun berita. Di X, engagement sebanyak 55,000 telah direkodkan dengan jumlah tweet sebanyak 12,000. Manakala di TikTok, hampir 215,000 engagement serta 3 juta tontonan dan rekod terbanyak adalah daripada akaun “utusantvofficial”, manakala engagement terbanyak telah direkodkan oleh akaun “drradzijidin”.

Komentar netizen di ketiga-tiga platform menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap PM. Netizen menyatakan kekecewaan apabila PM dilihat tidak mahu bertanggungjawab terhadap kejatuhan ringgit dan mengelak daripada menjawab soalan wartawan. Ada di antara netizen yang berpendapat PM perlu mengambil tanggungjawab terhadap isu ini dan berhenti menyalahkan pihak lain.
Pada tahun 2023, Ringgit Malaysia mencapai paras tertinggi pada Februari 2023 namun jatuh hampir 12 peratus menjelang Oktober 2023. Sebelum ini, Menteri Ekonomi YB Rafizi Ramli telah memberi jaminan bahawa ringgit akan mengukuh pada tahun ini, namun bacaan data dari 2 bulan pertama tahun ini menyatakan sebaliknya.

Apakah nilai ringgit akan menurun pada bulan-bulan seterusnya? 
Atau ringgit mampu mengukuh pada bulan-bulan mendatang?

Sumber:

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Sarawak masih belum menerima RM100 juta yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai pembayaran balik dana untuk baik pulih...
Pada tahun 2024, Malaysia menduduki tempat ke-107 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders (RSF). Ini...
Baru-baru ini, tular berita mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar yang membatalkan pengharaman lesen judi di Kedah. Penghakiman itu disampaikan...