Reaksi netizen berkenaan isu Beras Putih Madani ini dilihat berlarutan. Dapatan AI menunjukkan engagement berpanjangan dari netizen terhadap isu ini terutamanya apabila Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu menafikan bahawa sudah ada kata putus dari kerajaan berkenaan Beras Putih Madani ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, YB Datuk Armizan Bin Mohd Ali pula berkata YAB Perdana Menteri akan mempengerusikan mesyuarat berkenaan isu beras ini pada 23 Februari 2024.
Berikutan penafian dari Menteri bertanggungjawab, netizen sekali lagi memberikan respon negatif di Facebook (95%), X (70%) dan TikTok (90%). Antara komen yang banyak diperkatakan ialah kerajaan “u-turn” apabila mendapati reaksi negatif dari netizen, tiada komunikasi antara kabinet, beras tempatan sudah lama tiada dan sekarang tiba-tiba ada dan letak nama Madani harga barang terus naik.
Beras merupakan makanan ruji rakyat Malaysia. Ini dilihat jelas apabila purata seorang rakyat Malaysia makan nasi ialah sebanyak 80kg setahun. Dari pengumuman dan penafian dari kerajaan tentang isu beras ini dapat dilihat bahawa belum ada ketetapan dari kerajaan berkenaan isu beras tempatan tempatan yang masih belum mencukupi di pasaran.
Sumber:
1. Analitika Ilmuwan