HomeIsu KerajaanIsu Pengiktirafan Kampung Baru Cina oleh UNESCO

Isu Pengiktirafan Kampung Baru Cina oleh UNESCO

Isu Kampung Baru Cina Gemparkan Netizen di TikTok

Memetik berita dari portal berita atas talian Malay Mail dan The Star, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Nga Kor Ming, mengumumkan cadangan mengiktiraf kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2 Februari lalu. Pada 5 Februari, isu ini mencapai kemuncak trending di TikTok, terutama setelah akaun Berita Politik Malaysia memuat naik video yang menarik perhatian netizen. Trending tersebut menyaksikan lonjakan “engagement” sehingga 6 Februari sebelum mengalami penurunan pada 7 Februari.

Walaubagaimanapun, berdasarkan data Analitika Ilmuwan & tinjauan QGA, isu ini tidak dipetik oleh akhbar arus perdana berbahasa Melayu.

Isu pengiktirafan Kampung Baru Cina di Selangor ini telah menjadi perbualan hangat di kalangan netizen di TikTok, dengan satu video mencatatkan lebih 100,000 tontonan dan empat video lain mendapat antara 10,000 hingga 80,000 tontonan. Lebih dari 5,300 komen diterima, dengan lebih dari 95% menunjukkan respons negatif dari netizen. Kritikan utama berfokus pada penolakan terhadap usaha pengiktirafan tersebut, yang dilihat sebagai percubaan untuk menyamakan hak bumiputera, menguasai Tanah Melayu, dan menghapuskan sejarah asal Malaysia.

Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican, seorang Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual, menyatakan bahawa usaha Nga Kor Ming ini tidak wajar dan dianggap sebagai percubaan untuk memperibumikan bukan Melayu di Malaysia. Beliau juga menekankan bahawa pengiktirafan oleh UNESCO akan melibatkan tanah, yang mana penghuni tanah tersebut akan dianggap sebagai orang asal atau peribumi.

Meskipun isu ini tidak mendapat perhatian dari media arus perdana, respon dan kegusaran yang dinyatakan oleh netizen melalui engagement yang diterima menunjukkan pentingnya isu ini bagi rakyat Malaysia. Isu ini membuka ruang perbincangan lebih lanjut mengenai pengiktirafan UNESCO dan implikasinya terhadap sejarah serta hak bumiputera di Malaysia.

Sumber:

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Sarawak masih belum menerima RM100 juta yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai pembayaran balik dana untuk baik pulih...
Pada tahun 2024, Malaysia menduduki tempat ke-107 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders (RSF). Ini...
Baru-baru ini, tular berita mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar yang membatalkan pengharaman lesen judi di Kedah. Penghakiman itu disampaikan...