HomeIsu KerajaanIsu Ura-Ura Pengampunan Najib

Isu Ura-Ura Pengampunan Najib

Tular Isu Pengampunan Najib: Analisis Sentimen dan Ramalan Politik di Media Sosial

Perbincangan terkini mengenai isu pengampunan Dato’ Sri Najib Tun Razak telah tular di platform TikTok lebih dari 8.8 juta tontonan. Fenomena ini bukan sekadar tentang tontonan; ianya mengenai penglibatan dan sentimen, dengan 19 video mencapai status viral (100,000 – 2,500,000 tontonan) dan 42 video mencapai populariti tinggi (10,000 – 80,000 tontonan). Tetapi yang benar-benar menarik adalah perbualan yang tercetus—mendapat lebih dari 25,800 komen, dengan lebih dari 65% mencerminkan respon positif terhadap Dato’ Sri Najib Tun Razak.

Gelombang sentimen positif ini menonjolkan campuran kompleks politik dan nostalgia ekonomi. Penyokong bersuara tentang keinginan mereka untuk melihat Dato’ Sri Najib Tun Razak kembali berkuasa, menyatakan ekonomi yang lebih kuat di bawah kepimpinannya berbanding dengan pentadbiran sekarang. Sentimen ini mencabar iklim politik semasa, yang mungkin menyebabkan pendapat rakyat kebanyakan dapat mempengaruhi pilihan raya yang akan datang.

Di sisi lain, banyak yang berharap hukuman lebih berat dari pengampunan dijatuhkan ke atas beliau. Ini menunjukkan ada perbezaan pendapat rakyat tentang keadilan dan tanggung jawab politik. Ini menjadikan politik Malaysia rumit, seolah-olah berlaku persilangan antara isu masa lalu dan harapan masa depan.

Seiring dengan tren mencapai puncak pada 2 Februari 2024, dengan hashtag #najibrazak mencapai puncaknya pada hari berikutnya dan sekarang berlaku trending menurun. Populariti Dato’ Sri Najib Tun Razak di platform seperti TikTok menunjukkan minat yang berterusan terhadap naratif politiknya, menandakan bahawa walaupun perbualan di media sosial sudah surut, namun kesetiaan politik dan pencapaian ekonomi di bawah Dato’ Sri Najib Tun Razak tetap kuat dibincangkan.

Dalam lanskap media sosial, di mana trend naik dan turun terhadap sesuatu isu.Isu pengampunan Dato’ Sri Najib Tun Razak dapat kita lihat bagaimana penglibatan media sosial dapat mencerminkan, memperbesar, dan kadang-kadang boleh memobilisasi sentimen rakyat. Dengan lebih 65% respon positif dapat kita simpulkan pengaruh mantan Perdana Menteri ini masih kuat di kalangan masyarakat.

Sumber:

Share:

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Sarawak masih belum menerima RM100 juta yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai pembayaran balik dana untuk baik pulih...
Pada tahun 2024, Malaysia menduduki tempat ke-107 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders (RSF). Ini...
Baru-baru ini, tular berita mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar yang membatalkan pengharaman lesen judi di Kedah. Penghakiman itu disampaikan...