HomeIsu KerajaanIsu Pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan (FB & X)

Isu Pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan (FB & X)

Mahkamah Persekutuan Malaysia telah membuat keputusan untuk membatalkan 16 peruntukan dalam enakmen syariah di Kelantan. Ia telah mengundang pelbagai reaksi netizen di X dan Facebook. Keputusan ini bukan hanya menarik perhatian umum tetapi ia juga menjadi topik pendebatan yang hangat di kalangan masyarakat. Hal ini telah menimbulkan pelbagai persepsi terhadap peranan dan kedudukan mahkamah syariah di Malaysia.

Pelbagai reaksi telah direkodkan oleh dapatan AI. Di X, 79% respon telah direkodkan, kebanyakannya adalah retweet. Sebaliknya, di Facebook, majoriti respon adalah daripada ‘page-page’ neutral seperti Awani, Sinar Harian, dan Berita Harian, dengan 70% respon tidak bersetuju dengan keputusan tersebut. Ia telah mencerminkan kekecewaan yang signifikan terhadap keputusan tersebut.

Menteri Agama Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan yang menegaskan bahawa kedudukan Mahkamah Syariah Malaysia tetap utuh dan beliau juga menyatakan perancangan akan dilakukan untuk menambahbaik Mahkamah Syariah Malaysia. YB Datuk Seri Haji Takiyuddin bin Hassan meluahkan kekecewaannya dan menggambarkan hari pengumuman keputusan sebagai ‘Black Friday’ bagi Syariah Islam Malaysia.

Sementara itu, YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara, menjelaskan bahawa tidak ada perbezaan antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dalam melaksanakan hukuman takzir. Namun kenyataan ini dilihat bercanggah kerana perbezaan utama antara hukuman takzir di Mahkamah Syariah dan hukuman di Mahkamah Sivil terletak pada asas dan sumber hukum yang digunakan. Mahkamah Syariah berlandaskan syariat Islam dan boleh menggunakan budi bicara dalam menentukan hukuman takzir, manakala Mahkamah Sivil mengikuti kod dan undang-undang yang ditetapkan, tanpa ruang untuk budi bicara hukuman yang sama dengan konsep takzir.

Menariknya, Hakim Besar Sabah Sarawak menyifatkan tindakan Nik Elin sebagai ‘busybody’ dan menyatakan bahawa beliau tidak memiliki hak undang-undang untuk mencabar peruntukan tersebut. “Bantahan mereka hanya mengenai perundangan dan perlembagaan peruntukan negeri, soal perlembagaan itu hanya mengenai kewujudan peruntukan itu,” katanya.
Akhir sekali, keputusan ini akan menjadi “precedent” kepada kes-kes berkaitan di negeri-negeri lain. Ruang kuasa badan agama dan skop penguatkuasaan undang-undang jenayah akan menjadi ‘rigid’ berdasarkan keputusan ini. Badan Legislatif Malaysia perlu meminda rang undang-undang yang berkaitan bagi memastikan kedua-dua sistem perundangan Malaysia beroperasi dengan harmoni.

Sumber:

You May Also Like

Pada bulan April yang lepas, QGA ada melaporkan bahawa Menteri Ekonomi memaklumkan bahawa subsidi bahan api tetap akan dikurangkan pada...
Pada 17 April, Menteri Ekonomi YB Rafizi Ramli nekad bahawa kerajaan akan mengurangkan subsidi petrol pada tahun ini bagi mengecilkan...
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah membuat permohonan semakan kehakiman terkini yang mendakwa kewujudan dekri tambahan...