HomeIsu PolitikIsu Pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan

Isu Pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan

Keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 Enakmen Syariah telah menjadi tular dengan lebih dari 19 juta tontonan dan 1 juta interaksi. Tiga video di Tik Tok menjadi perhatian dengan lebih 1 juta engagement dan lebih 14,000 perkongsian di WhatsApp. Statistik ini menunjukkan bahawa netizen ingin mengetahui lebih lanjut tentang isu ini.

Data analisa di Tik Tok menunjukkan statistik yang seimbang di antara netizen yang menyokong keputusan mahkamah persekutuan dan netizen yang menyokong enakmen mahkamah syariah. Pelbagai hujah yang telah diutarakan oleh kedua-dua belah pihak.

Hujah yang paling banyak dibincangkan adalah hukuman mahkamah sivil lebih berat berbanding mahkamah syariah. Perkara ini dijawab oleh penyokong mahkamah syariah dengan menyatakan bahawa bidang kuasa jenayah Syariah terikat bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355. Akta ini telah menyebabkan hukuman di mahkamah syariah lebih rendah berbanding mahkamah sivil.

Pindaan Rang Undang – undang 355 (RUU355) perlu dirancang untuk memperkasakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, yang membataskan hukuman Mahkamah Syariah kepada penjara maksimum 3 tahun, denda maksimum RM 5000, dan 6 sebatan rotan.

Tular juga hujah berkaitan undang-undang sivil adalah undang-undang takzir. Ia telah dibalas dengan hujah yang menyatakan bahawa perundangan Islam diletakkan di bawah Senarai Negeri dan hanya Dewan Undangan Negeri sahaja yang mempunyai bidang kuasa berkait dengan hukum syarak. Hukum syarak itu termasuk perbuatan maksiat, zina dan sebagainya.
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menggesa pindaan perlembagaan disegerakan bagi memperkasakan undang-undang yang membabitkan hal ehwal agama Islam.

Pada akhirnya, keputusan mahkamah persekutuan ini telah menjadi titik tolak bagi perbincangan yang lebih luas mengenai peranan dan kedudukan mahkamah syariah dalam konteks perundangan Malaysia. Pihak mahkamah dan pengamal undang – undang syariah perlu berusaha keras dalam memberi penjelasan dan menaikkan martabat mahkamah syariah bagi menjaga kepentingan umat Islam di Malaysia.

Apa pula kata anda?

Sumber:

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah membuat permohonan semakan kehakiman terkini yang mendakwa kewujudan dekri tambahan...
Pada 5 Mac 2024, Menteri Besar Terengganu memaklumkan bagi tahun 2023, kerajaan pusat masih belum melunaskan bayaran royalti petroleum kepada...
Sejarah penubuhan PASTI bermula pada akhir tahun 1970-an, dengan pendirian Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI) sebagai jawapan kepada keperluan pendidikan...