HomeIsu KerajaanBeras Putih Madani vs Beras 1Malaysia

Beras Putih Madani vs Beras 1Malaysia

Pengumuman kerajaan berkenaan Beras Putih Madani pada 14 Februari lalu mendapat reaksi dari netizen di Facebook dan X. Dengan pengumuman oleh Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL) Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal ini, kerajaan memansuhkan kategori beras putih tempatan (SST) dengan harga siling RM26/10kg dan beras putih import, digantikan dengan Beras Putih Malaysia Madani berharga siling RM30/10kg.

Netizen di Facebook dan X bersependapat berkenaan keputusan kerajaan ini, bagi kedua-dua platform data menunjukkan kecondongan yang ketara apabila 90% netizen di Facebook dan 70% netizen di X memberikan respon dan engagement negatif. Data menunjukkan engagement di Facebook hampir mencecah 30,000 dan X pula hampir 18,000.

Antara respon ketara yang kedua-dua netizen media sosial bersependapat apabila mengatakan tindakan ini seperti Beras 1Malaysia yang di tempelak oleh Pakatan Harapan satu ketika dulu. Netizen juga mengatakan sebelum ini beras berharga RM26 untuk 10kg tetapi apabila diletakkan logo Madani ianya naik menjadi RM30 untuk berat yang sama. Timbul juga persoalan dari netizen yang mengatakan kerajaan perlu menghentikan budaya rakyat perlu merebut barang keperluan harian yang didapati jarang ada dipasaran.

Pengumuman Beras Putih Madani ini dilihat masih tidak dapat menyakinkan rakyat tentang usaha kerajaan terutamanya Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL) dalam mencari jalan penyelesaian kos sara hidup yang meningkat.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Pada bulan April yang lepas, QGA ada melaporkan bahawa Menteri Ekonomi memaklumkan bahawa subsidi bahan api tetap akan dikurangkan pada...
Pada 17 April, Menteri Ekonomi YB Rafizi Ramli nekad bahawa kerajaan akan mengurangkan subsidi petrol pada tahun ini bagi mengecilkan...
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah membuat permohonan semakan kehakiman terkini yang mendakwa kewujudan dekri tambahan...