Susulan pengumuman Perdana Menteri berkenaan rasionalisasi diesel, Kementerian Kewangan mengumumkan bantuan subsidi diesel sebanyak RM200 sebulan yang perlu dipohon di bawah skim Budi Madani. Dalam siaran media pada 27 Mei tersebut, Kementerian Kewangan juga menyenaraikan kriteria kelayakan bagi kategori BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi.
Dari dapatan AI, bacaan data menunjukkan reaksi netizen yang condong kepada negatif. Di Facebook, terdapat hampir 35,000 reaksi dan 90% daripadanya adalah negatif. Di X pula, 80% reaksi adalah negatif dengan 39,000 interaksi, manakala TikTok mendapat 85% reaksi negatif dengan 85,000 interaksi. Antara respon yang diterima adalah polisi kerajaan dilihat bercelaru apabila rakyat diminta untuk berdaftar dengan sistem lain sedangkan mereka baru sahaja mengisi maklumat dalam sistem PADU. Timbul juga persoalan sama ada rakyat yang bukan dalam kategori BUDI MADANI, misalnya M40, akan terkesan dengan pelaksanaan subsidi bersasar ini.
Kesimpulannya, keresahan rakyat dapat dilihat dengan reaksi netizen tentang pelaksanaan subsidi bersasar ini. Ramai yang merasa bebanan ekonomi yang semakin meningkat tidak dapat diatasi dengan bantuan yang disediakan. Rakyat berharap agar pihak kerajaan dapat memperhalusi pelaksanaan skim ini serta memastikan keperluan dan kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan dalam setiap keputusan yang diambil.
Sumber:
1. Analitika Ilmuwan
2. https://www.astroawani.com/…/pemilik-kenderaan-diesel…
3. https://www.facebook.com/KemKewangan/posts/886782426819236
4. https://www.mkn.gov.my/…/program-bantuan-budi-madani…/