HomeIsu KerajaanLaporan Ketua Audit Negara – HRD Corp

Laporan Ketua Audit Negara – HRD Corp

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mendedahkan kelemahan dalam pelaksanaan beberapa projek kerajaan. Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) turut mendedahkan bahawa RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan oleh HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti yang bukan merupakan matlamat penubuhan agensi itu. Berikutan penemuan ini, Kementerian Sumber Manusia telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai isu-isu berkaitan HRD Corp. Susulan laporan ini, SPRM telah menyerbu pejabat HRD Corp untuk siasatan lanjut.

Isu ini trending di kalangan netizen dengan pendapat yang bercampur-campur. Di Facebook, 60% negatif terhadap HRD Corp dengan majoriti komen mengenai penyelewengan dana awam apabila digunakan untuk melabur. Sebanyak 20% pula negatif terhadap kerajaan PH/BN, Kementerian Sumber Manusia, dan SPRM dengan pendapat bahawa isu ini hanya sementara dan tiada tindakan akan diambil. Di TikTok, 25% netizen memberikan interaksi negatif terhadap SPRM dengan komen bahawa mereka sudah tidak percaya dengan SPRM dalam melakukan siasatan, manakala 20% lagi negatif terhadap HRD Corp dengan komen menyuruh ditangkap semua yang terlibat. Di X pula, 70% negatif terhadap HRD Corp dengan netizen menyamakan syarikat ini seperti 1MDB serta 20% negatif terhadap Menteri Sumber Manusia dengan mempersoalkan mengapa tiada tindakan tegas diambil.

Sebagai kesimpulan, isu ini perlu diselesaikan segera kerana melibatkan tiga menteri dari tahun 2018 hingga 2023. Kementerian Sumber Manusia perlu menggantung pihak atasan serta memberikan makluman berterusan bagi membuktikan ketegasan pihak kementerian dalam melawan sebarang penyelewengan. Selain itu, tindakan yang tegas dan telus perlu diambil untuk memulihkan kepercayaan rakyat terhadap agensi-agensi kerajaan dan memastikan dana awam digunakan dengan sebaik-baiknya demi kepentingan rakyat.

Sumber:
1. Analitika Ilmuwan
2. https://www.astroawani.com/…/isu-hrd-corp-kesuma…
3. https://www.astroawani.com/…/isu-hrd-corp-hangatkan…
4. https://www.sinarharian.com.my/…/pac-dedah-hrd-corp…
5. https://www.sinarharian.com.my/…/lkan-kementerian…
6. https://www.astroawani.com/…/hrd-corp-guna-rm3-77… 

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Sarawak masih belum menerima RM100 juta yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai pembayaran balik dana untuk baik pulih...
Pada tahun 2024, Malaysia menduduki tempat ke-107 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders (RSF). Ini...
Pada 2 Julai, Menteri Ekonomi, YB Rafizi Ramli, mengumumkan bahawa Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) akan dibuka semula untuk pendaftaran....