Kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki pada 27 Mei bahawa kontrak yang diterima oleh suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh daripada Kerajaan Selangor tidak mengandungi sebarang kesalahan mengundang pelbagai reaksi netizen. Analisis data AI mendapati bahawa isu ini semakin trending di pelbagai platform media sosial. Berikut adalah ringkasan interaksi di beberapa platform utama:
Facebook: Platform ini mencatat hampir 120,000 interaksi dengan 98% darinya adalah NEGATIF terhadap kerajaan. Liputan Astro Awani berkenaan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM masih mendapat interaksi tertinggi dengan 27,000. Majoriti interaksi netizen di platform ini masih lagi pada laman-laman berita utama negara.
Platform X pula mencatat hampir 50,000 interaksi, dengan ciapan paling tinggi masih lagi dari @CondorHero6 yang menyatakan bahawa tiada perbezaan antara Pakatan Harapan dan UMNO. 90% netizen di X condong ke NEGATIF. Majoriti interaksi adalah dari akaun media berita utama.
TikTok: Platform ini mencatat hampir 170,000 interaksi. Sebanyak hampir 3.5 juta tontonan dan 95% darinya bersifat NEGATIF terhadap kerajaan.
Data juga menunjukan jumlah perkongsian juga mencatatkan jumlah yang signifikan sebanyak hampir 19,000. Video Malaysia Gazette mendapat tontonan tertinggi dengan 500,000 tontonan.
Beberapa pimpinan kerajaan juga telah mengeluarkan kenyataan berkaitan, antaranya Ketua Wanita DAP, YB Teo Nie Ching yang mengatakan tiada keperluan bagi Menteri Belia dan Sukan untuk meletakkan jawatan. Beberapa pihak berpendapat pendirian ini bercanggah dengan pendirian parti itu sewaktu menjadi pembangkang.
Menteri Besar Selangor, YB Dato’ Seri Amirudin bin Shari pula menjelaskan bahawa terdapat 2 syarikat yang menyertai program “Proof of Concept” dan bukannya dapat projek.
Sungguhpun begitu, SPRM pada 1 Jun, memulakan siasatan berkenaan isu ini setelah dikatakan mendapat petunjuk baru untuk mereka teliti.
Jumlah interaksi yang semakin meningkat terhadap isu ini mencerminkan kegusaran netizen terhadap janji-janji kerajaan yang tidak dipenuhi, serta kebimbangan tentang amalan “conflict of interest” yang boleh menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap institusi kerajaan. Netizen mendesak untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci dan langkah-langkah yang lebih tegas dalam memastikan ketelusan dalam setiap urusan kerajaan.
Sumber: