Menurut penyelidikan oleh Hong Leong Investment Bank (HLIB), pengapungan bebas harga RON95 dan diesel boleh menjimatkan kerajaan sebanyak RM29 bilion dalam subsidi bahan api. Walau bagaimanapun langkah ini akan menyebabkan kenaikan harga pam sebanyak 64 peratus untuk RON95 dan 61 peratus untuk diesel. Pada 20 Mac 2024, harga RON95 adalah RM2.05 setiap liter dan diesel adalah RM2.15 setiap liter.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan subsidi bersasar untuk RON95 pada separuh kedua tahun 2024. Subsidi sasaran untuk petrol dan diesel akan dilaksanakan menggunakan tiga mekanisma iaitu pendapatan bersih boleh guna individu; pendapatan bersih boleh guna isi rumah melalui skema perlindungan atau bantuan sosial; dan kombinasi pendapatan isi rumah dan individu, yang akan dilaksanakan menggunakan kad subsidi.
Dengan ketiadaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), reformasi subsidi menjadi lebih penting untuk mencapai sasaran defisit fiskal semakan pertengahan Rancangan Malaysia ke-12. Langkah ini boleh mengurangkan defisit fiskal dari -4.3 peratus daripada produk domestik kasar (sasaran kerajaan untuk 2024) ke -2.8 peratus.
Hasil dapatan AI menunjukkan dengan jelas keresahan netizen dalam isu ini. Ketiga-tiga media sosial utama penguna di Malaysia (Facebook, X dan TikTok) menunjukan 95% sentimen negatif terhadap kerajaan. Antara respon yang telah dikumpulkan daripada engagement netizen adalah kerisauan netizen dengan kos perbelanjaan bulanan untuk berulang – alik ke tempat kerja dan kenaikan harga barang. Namun, kadar gaji masih pada tahap yang sama. Ada juga dikalangan netizen yang menyindir kerajaan dengan memuat naik semula video klip ceramah – ceramah pemimpin politik berkenaan janji untuk menurunkan harga minyak petrol pada satu ketika dulu.
Kerajaan diminta untuk tidak terlalu gopoh dalam melaksanakan pemansuhan polisi subsidi – subsidi yang dinikmati rakyat. Hal ini demikian kerana setelah SST dinaikkan ke 8%, isu cukai logistik 6% juga masih belum diperhalusi. Rakyat masih lagi belum dapat menyesuaikan kos perbelanjaan seharian apabila cukai SST dinaikkan. Penghapusan subsidi bahan api ini juga bakal menjadi satu beban tambahan bagi rakyat dalam masa terdekat.
Sumber:
1. Analitka Ilmuwan
2. https://www.nst.com.my/…/free-float-ron95-and-diesel…
3. https://www.bharian.com.my/…/pengapungan-harga-ron95…
1 Comment
Hi, this is a comment.
To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.
Commenter avatars come from Gravatar.