HomeIsu KerajaanPindaan Perlembagaan Kewarganegaraan

Pindaan Perlembagaan Kewarganegaraan

Pada 19 Mac, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengadakan sesi libat urus bersama Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) untuk membahas pindaan kewarganegaraan. Secara dasarnya Ahli Parlimen terlibat telah bersetuju dengan lapan cadangan pindaan yang dikemukakan. Pada 23 Mac 2024, Menteri KDN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan Kabinet telah bersetuju dengan tujuh daripada lapan cadangan pindaan tersebut. “Maka terhadap cadangan yang KDN bentang itu semua dipersetujui melainkan satu tentang Perkara 19(b) dan 14(1)(e). Itu kekal sepertimana sebelum cadangan diangkat oleh KDN,” katanya dalam sidang media.

Namun, pada 25 Mac, Ketua WHIP PN Datuk Seri Haji Takiyuddin mendakwa bahawa apa yang dibentangkan sewaktu sesi libat urus tidak sama dengan bacaan kali pertama di dalam parlimen. Beliau menekankan bahawa setiap pindaan perlembagaan melibatkan kewarganegaraan harus diperkenan oleh Majlis Raja-Raja sesuai dengan Pekara 159, Fasal 5. Meskipun Perdana Menteri sudah membawa menghadap perkara ini kepada Yang Di-Pertuan Agong, perlembagaan secara jelas menyebut bahawa perkenan Majlis Raja-Raja diperlukan sebelum pindaan itu dibawa ke Parlimen. Perdana Menteri dalam kenyataan yang dilaporkan pada 6 November 2023 turut menyatakan bahawa sebarang pindaan perlembagaan perlu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

Pelbagai pihak meluahkan rasa kebimbangan sekiranya pindaan ini dibuat secara tergesa-gesa tanpa mempertimbang pelbagai sudut yang bakal menimbulkan permasalahan akan datang. Sebarang cadangan bagi meminda Perlembagaan Persekutuan yang mengurangkan atau mengambil hak kewarganegaraan sedia ada tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa. Perikatan Hak Kewarganegaraan Malaysia (MCRA) berkata, pindaan itu memerlukan data yang kukuh dan pemahaman sepenuhnya tentang akibat dan jangka masa panjang.

Netizen dalam pekara ini tidak bersetuju dengan usul ini. Bacaan AI rata-rata menunjukkan netizen di ketiga-tiga platform media sosial utama negara memberikan reaksi tidak bersetuju dengan usul pindaan ini. Sebanyak 60% respon negatif di Facebook adalah negatif. Di X, 90% tidak bersetuju dan di TikTok 65% negatif terhadap kerajaan dan 15% neutral dengan komen seperti Sabah dan Sarawak susah untuk mendapatkan Kad Pengenalan serta pemohonan lambat dan tiada jawapan.

Sumber:

1. Analitika Ilmuwan

2. https://www.bharian.com.my/…/isu-kewarganegaraan…

3. https://www.sinarharian.com.my/…/permohonan…

4. https://www.bharian.com.my/…/pembangkang-cadang-ruu…

5. https://www.astroawani.com/…/kewarganegaraan-kaji…

6. https://www.bharian.com.my/…/pindaan-perlembagaan-dalam…

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Sarawak masih belum menerima RM100 juta yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai pembayaran balik dana untuk baik pulih...
Pada tahun 2024, Malaysia menduduki tempat ke-107 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders (RSF). Ini...
Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mendedahkan kelemahan dalam pelaksanaan beberapa projek kerajaan. Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) turut mendedahkan bahawa...