Kementerian Kewangan Malaysia, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, telah mengumumkan akan mengambil pendekatan lebih inklusif terhadap perlaksanaan kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bagi sektor logistik. Ini sekaligus mengiktiraf berlakunya cukai atas cukai (cascading effect) apabila SST diperluaskan kepada sektor logistik.
Keputusan ini diambil selepas mempertimbangkan kebimbangan yang diutarakan oleh ahli-ahli parlimen mengenai impak kenaikan SST terhadap sektor tersebut dan bagaimana ia boleh mempengaruhi peningkatan harga barangan secara umum.
Â
Beberapa ahli parlimen seperti YB Datuk Dr Radzi Md Jidin (Putrajaya) dan YB Datuk Dr Wee Ka Siong (Ayer Hitam) menyatakan dalam perbahasà n masing-masing bahawa sebelum ini sektor logistik tidak dikenakan cukai SST tetapi selepas diperluas, akan berlaku keadaan cukai atas cukai di mana semua keperluan barangan akan melalui proses logistik sebelum sampai ke penguna.
Hasil dapatan AI menunjukan bahawa netizen di Facebook, X dan TikTok merasakan kerajaan secara tidak langsung mengakui biarpun SST tidak dikenakan terhadap barang keperluan namun barangan asas turut terkesan dengan hampir semua harga barangan meningkat. Pengumuman untuk menilai semula sektor logistik di dalam cukai SST sudah pun terlambat kerana harga barang tidak akan turun biarpun kerajaan menarik balik atau memperhalusi perkhidmatan logistik.
Â
Dalam konteks ini, pendekatan kerajaan yang bersifat reaktif daripada proaktif menimbulkan persoalan tentang keseriusan dan keupayaannya dalam menguruskan ekonomi negara dengan cara yang benar-benar mengutamakan kepentingan rakyat. Tindakan kerajaan dalam menangani isu ini menunjukkan adanya kekurangan dalam menetapkan keutamaan dan perancangan strategik untuk mencipta sebuah ekonomi Malaysia yang lebih kukuh serta merangkumi semua lapisan masyarakat.
Â