HomeIsu KerajaanCukai SST 8%

Cukai SST 8%

Posting sebelum ini mengenai kesan domino yang disebabkan oleh kenaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dari 6% ke 8%. Selepas beberapa hari cukai SST ini dilaksanakan, netizen di media sosial seperti Facebook, X dan TikTok telah membahas tentang kenaikan harga barang.

Sebagai contoh, platform membeli belah Shopee mengenakan caj penghantaran SST unutk semua pembelian. Malah platform serupa seperti Lazada dan TikTok juga memperkenalkan kadar SST baru di platform masing-masing bermula dari 1 Mac 2024.
Di Facebook, engagement paling tinggi ialah berita di laman Facebook Sinar Harian apabila Timbalan Exco Negeri Melaka memberi amaran agar tiada peniaga yang mengambil kesempatan dengan isu SST.

Tanda pagar #kerajaangagal telah menjadi trending di TikTok dengan majoriti netizen memberi komen sinikal terhadap kerajaan.
Isu cukai SST yang baru ini melibatkan pengguna secara langsung selepas kerajaan melakukan perluasan skop pada 26 Februari 2024. Antara yang mendapat perhatian ialah dibawah Kumpulan G: Profesional dimana perkhidmatan penyenggaraan dan pembaikan akan dikenakan caj 8%. Hal ini akan memberi impak langsung kepada masyarakat.

Setiap kali kereta/motor rosak atau perlu menjalani servis berkala, mereka akan dikenakan caj 8% SST. Begitu juga dengan pengusaha van sekolah, yang berkemungkinan akan menaikkan caj tambang van sekolah untuk menampung kos penyelenggaran kenderaan mereka dengan kadar kenaikan caj SST terkini.

Kenaikan SST dari 6% kepada 8% dilihat akan menambah beban kepada kumpulan M40 kerana mereka adalah pengguna utama pelbagai perkhidmatan dan barang yang kini dikenakan cukai yang lebih tinggi.

Walaupun beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi dikecualikan dari kenaikan ini, terdapat banyak aspek lain lagi dalam kehidupan seharian yang akan terkesan, termasuk perkhidmatan perubatan, insurans, dan perkhidmatan logistik. Ini bermakna, walaupun pendapatan bulanan mereka melebihi kumpulan B40, tetapi komitmen kewangan yang sudah ada seperti pinjaman perumahan, pendidikan anak-anak, dan simpanan untuk masa depan akan bertambah ekoran kenaikan kos hidup lebih tinggi.

Kuasa membeli merujuk kepada jumlah barang atau perkhidmatan yang boleh dibeli dengan jumlah wang tertentu. Apabila harga barang meningkat akibat kenaikan cukai, kuasa membeli akan menurun kerana dengan jumlah wang yang sama, pengguna kini mendapat jumlah barang yang kurang berbanding sebelum kenaikan cukai. Ini secara langsung membebankan rakyat, terutamanya bagi mereka yang bergantung kepada pendapatan tetap atau berada dalam kumpulan pendapatan rendah dan sederhana, yang mana nisbah pendapatan mereka yang diperuntukkan untuk perbelanjaan asas menjadi lebih besar.

Sumber:

Share:

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Pada bulan April yang lepas, QGA ada melaporkan bahawa Menteri Ekonomi memaklumkan bahawa subsidi bahan api tetap akan dikurangkan pada...
Pada 17 April, Menteri Ekonomi YB Rafizi Ramli nekad bahawa kerajaan akan mengurangkan subsidi petrol pada tahun ini bagi mengecilkan...
Pada 15 April 2024, HeiTech Padu dianugerahkan kontrak oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bernilai RM190 juta. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke,...