HomeIsu KerajaanPenurunan Pangkat Ketua Pengarah Tourism Malaysia

Penurunan Pangkat Ketua Pengarah Tourism Malaysia

Berita Sinar Harian pada 23 Februari melaporkan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Dato’ Dr Ammar Abd Ghapur akan ditamatkan perkhidmatanya berkuatkuasa pada Isnin (26 Februari 2024). Alasan yang diberikan adalah beliau tidak sehaluan dengan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Yang Berhormat Dato Sri Tiong King Sing. 24 Feb, Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (KPPLPPM), Alwi Shakir Abdullah menyarankan Tribunal Penjawat Awam yang wujud sebelum ini dihidupkan semua bagi penjawat awam mendapat pembelaan sewajarnya jika ada pertikaian membabitkan tugas mereka.

Mantan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil pula berkata bahawa pemecatan Datuk Dr Ammar sebagai tidak sah disisi undang-undang. Perlembagaan Persekutuan menegaskan penjawat awam berhak didengar sebelum pecat atau turun pangkat, kecuali jenayah, keselamatan, penahanan atau dibuang negeri.

Kesemua platform media sosial, Facebook (90%), X (70%) dan TikTok (85%) tidak bersetuju dengan alasan yang diberikan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Menteri berkata penurunan pangkat Dato’ Dr Ammar kerana kemorosotan prestasi beliau dilihat hanyalah sebagai alasan dan bukan satu bukti yang kukuh apabila penurunan jawatan ini dilihat tidak mengikut prosedure sepatutnya. Netizen merasakan menteri tersebut tidak “perform” apabila tular video beliau ditegur oleh Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan sikap menteri yang gagal hadir ke persidangan Dewan Negara dan juga isu menteri di KLIA apabila menganggu tugas Jabatan Imigresen.

Isu ini tular di media sosial dengan Facebook mencatat jumlah engagement sebanyak 18,000, X dengan 11,000 engagement dan jumlah engagement terbanyak direkodkan di TikTok dengan hampir 54,000. Jumlah engagement terbanyak dipelopori oleh berita media perdana seperti Sinar Harian Online, Malaysia Gazzette, Berita Harian Online serta BFM News.
Pekara ini dilihat akan menambahkan lagi keresahan penjawat awam apabila rentetan siri keputusan kerajaan yang dilihat tidak menyebelahi penjawat awam seperti isu pencen dan pengambilan baru penjawat awam secara lantikan kontrak. Kerajaan juga disaran untuk memantau prestasi menteri-menteri yang dilantik agar dapat melaksanakan tugas dengan sempurna mengikut lunas perlembagaan dan bidang kuasa.

Share:

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Sarawak masih belum menerima RM100 juta yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai pembayaran balik dana untuk baik pulih...
Pada tahun 2024, Malaysia menduduki tempat ke-107 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders (RSF). Ini...
Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mendedahkan kelemahan dalam pelaksanaan beberapa projek kerajaan. Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) turut mendedahkan bahawa...