Pada 11 Jun, pemilik jentera jengkaut mengadakan mogok sebagai bantahan terhadap isu penyelarasan diesel yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Kedua. Pesawah juga menyatakan kebimbangan mereka akan berlakunya kenaikan kos menanam padi. Pengerusi Badan Bertindak Petani di Kawasan MADA, Che Ani Mat Zain, berkata jentera pertanian seperti mesin menuai, traktor, dan lori tidak tersenarai dalam pemberian subsidi diesel. Pada 12 Jun pula, berlaku kenaikan harga barang binaan yang akan menjejaskan harga rumah, kadar sewaan jentera korek dan lori, perkhidmatan tunda kenderaan, dan pengeluar konkrit.
Menurut data dari AI, terdapat peningkatan trend di media sosial berkenaan isu kenaikan harga barang akibat daripada penyelarasan harga diesel. Di Facebook, terdapat 96,000 interaksi dengan 98% daripadanya bersifat negatif. Netizen di Facebook berpendapat bahawa harga barang pasti akan naik susulan penyelarasan subsidi walaupun ada jaminan dari pihak kerajaan bahawa harga barang tidak akan naik. Di X, 90% daripada 35,000 interaksi juga bersifat negatif. Netizen di X membangkitkan isu pelaksanaan yang dibuat secara mengejut dan tidak percaya bahawa kerajaan mampu membendung kenaikan harga barang. Di TikTok pula, hampir 200,000 interaksi dapat dikumpulkan, dengan 90% daripada interaksi tersebut bersifat negatif terhadap PH-BN dan kerajaan. Majoriti video yang dimuat naik adalah daripada pemandu lori, petani, pengusaha lori sewa, dan pengguna jentera berat.
Kesimpulannya, keresahan rakyat semakin memuncak apabila kenaikan harga barang dan perkhidmatan berlaku akibat penyelarasan harga diesel. Sentimen negatif yang meluas di media sosial mencerminkan ketidakpercayaan rakyat terhadap kemampuan kerajaan dalam mengawal kenaikan harga barang. Walaupun terdapat jaminan daripada pihak kerajaan, rakyat tetap sangsi dan berpendapat bahawa langkah-langkah yang diambil tidak mencukupi untuk mengekang kenaikan kos hidup. Ketidakpuasan hati ini jelas diluahkan melalui ribuan interaksi di platform media sosial.
Sumber:
1. Analitika Ilmuwan
2. https://www.sinarharian.com.my/…/subsidi-diesel-kpdn…
3. https://www.astroawani.com/…/kerajaan-jamin-harga…
4. https://www.astroawani.com/…/pantau-harga-diesel-supaya…
5. https://www.hmetro.com.my/…/harga-barangan-tidak-akan…Â