Sejurus pengumuman dari YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengenai penyelarasan harga diesel bermula pada 10 Jun, bacaan data dari AI menunjukkan peningkatan semula perbincangan di Facebook, X, dan TikTok. Isu ini pertama kali trending pada 21 Mei selepas pengumuman dari Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim bahawa jemaah menteri telah bersetuju dengan penyelarasan subsidi diesel.
Sentimen Dominan
Analisis menunjukkan bahawa majoriti reaksi netizen adalah negatif. Komen-komen di ketiga-tiga media sosial utama negara ditujukan kepada Perdana Menteri dan juga Menteri Ekonomi. Berikut adalah ringkasan sentimen negatif dari setiap platform:
Facebook
98% komen adalah negatif terhadap PHBN. Antara komen sinis dari netizen adalah mengenai janji bahawa harga minyak akan turun. Netizen juga menjangkakan kesan domino terhadap harga barang keperluan.
X
65% komen adalah negatif terhadap PHBN. Berbeza dengan Facebook dan TikTok, di X terdapat cubaan penyokong PHBN menyokong usaha kerajaan namun masih tidak mampu mengatasi komen negatif netizen. Netizen di X juga menyelar contoh-contoh yang diberikan oleh penyokong PHBN mahupun kerajaan.
TikTok
90% komen adalah negatif terhadap PHBN dan juga ditujukan kepada Perdana Menteri dan Menteri Ekonomi. Netizen di TikTok berpendapat semua harga, sama ada barang atau perkhidmatan, akan naik dan membandingkan dengan keadaan dahulu apabila harga bahan api naik 15 sen sahaja terus diadakan perhimpunan jalan raya.
Kesimpulan
Sentimen negatif yang mendominasi perbincangan di media sosial menunjukkan keresahan dan ketidakpuasan hati rakyat terhadap penyelarasan subsidi diesel. Kenaikan sebanyak 56% dari harga sebelumnya dilihat terlalu mendadak, menimbulkan kebimbangan mengenai kesan domino terhadap kos sara hidup. Walaupun kerajaan telah memberikan jaminan bahawa harga barang tidak akan naik, netizen tetap ragu-ragu dan tidak yakin dengan janji tersebut. Pada 11 Jun, pengumuman kenaikan harga oleh pengusaha tunda kenderaan dan pengeluar konkrit telah menguatkan lagi kebimbangan ini. Keresahan ini mencerminkan kegusaran rakyat terhadap impak domino ekonomi yang lebih luas akibat penyelarasan harga diesel ini.
#SubsidiDiesel #AnalisisSentimen #MediaSosial #SentimenNetizen
Sumber:
1. Analitika Ilmuwan
2. https://www.astroawani.com/…/rasionalisasi-subsidi…
3. https://www.bernama.com/radio/news.php?id=2306407
4. https://www.freemalaysiatoday.com/…/towing-pengeluar…/