Pada 15 April 2024, HeiTech Padu dianugerahkan kontrak oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bernilai RM190 juta. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, memaklumkan bahawa kontrak ini akan berlangsung selama tiga tahun. Pemberian kontrak ini mendapat perhatian kerana melibatkan bekas setiausaha politik Perdana Menteri sebagai pemegang saham terbesar di HeiTech Padu.
Respon netizen terhadap pengumuman ini cenderung negatif. Di Facebook, hampir 30,000 interaksi menunjukkan 99% respons negatif, manakala di X (sebelumnya Twitter) dan TikTok juga menunjukkan respons yang sama dengan 95% negatif dan jumlah tontonan hampir 450,000.
Netizen menzahirkan kebimbangan mengenai kemungkinan kronisme dalam proses penganugerahan kontrak dan mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat isu ini, termasuk kemungkinan insider trading. Keadaan ini juga mempengaruhi pandangan umum terhadap integriti kerajaan, dengan penjelasan dari Menteri Pengangkutan tidak mampu menaikkan sentimen positif di kalangan masyarakat.
Sumber:
1. Analitika Ilmuwan
2. https://theedgemalaysia.com/node/707979
3. https://www.astroawani.com/…/heitech-padu-ditawar…
4. https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2288764