Pada 6 April, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul mencadangkan bahawa rakyat makan ubi kayu dulu sementara isu beras diselesaikan. National Action Council on Cost of Living (NACCOL) berkata isu bekalan beras ini tidak timbul jika Kawalselia Padi dan Beras ambil tindakan tegas terhadap kartel. Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu berkata penyelesaian menyeluruh beras putih tempatan akan diumumkan tidak lama lagi.
Data AI menunjukkan dapatan data negatif di Facebook (95%), X (80%) serta TikTok (98% ). Netizen merasakan cadangan tersebut seperti kembali ke zaman ketika Tanah Melayu di jajah Jepun. Ada juga netizen yang memaklumkan bahawa harga ubi kayu (RM5/kg) lebih mahal berbanding beras tempatan (RM3.20/kg)
Polimik isu beras ini masih lagi berterusan, kerajaan sebelum ini memperkenalkan Beras Madani pada harga RM30 untuk 10kg namun menarik semula kenyataan tersebut selang beberapa hari selepas pengumuman. Sehingga kini isu beras tempatan masih lagi tidak nampak sinar penyelesaian.
Sumber
1. Analitika Ilmuwan
2. https://www.utusan.com.my/…/johari-pertahan-makan-ubi…/
3. https://vt.tiktok.com/ZSFp5qrBY/