Pada 17 April, Menteri Ekonomi YB Rafizi Ramli nekad bahawa kerajaan akan mengurangkan subsidi petrol pada tahun ini bagi mengecilkan defisit fiskal negara. Susulan pengumuman ini, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pengurangan subsidi untuk RON95 perlu dibuat beransur-ansur bagi tidak berlaku seperti Jun 2008 apabila harga RON97 dinaikkan mendadak sebanyak 78 sen satu liter menyebabkan kadar inflasi melonjak ke paras 7.7 peratus pada bulan tersebut berbanding 3.8 peratus pada bulan sebelumnya. Pada 21 April 2024 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengulang tekad bahawa kerajaan tekad mengurangkan subsidi. Beliau menjelaskan langkah ini sebagai langkah bertanggungjawab bagi menyelamatkan ekonomi negara.
Dapatan AI bagi reaksi di media sosial terhadap keputusan ini kebanyakannya negatif. Data menunjukkan bahawa di Facebook, hampir 58,000 interaksi, dengan 98% menunjukkan pandangan negatif. Sementara itu, di X platform yang sebelumnya dikenali sebagai Twitter, daripada 15,000 interaksi, 60% adalah negatif. Di TikTok, 95% daripada hampir 45,000 interaksi juga menunjukkan pandangan negatif. Banyak komentar netizen berbentuk sindiran terhadap Menteri Ekonomi, yang sebelumnya terkenal dengan formula-formula untuk mengurangkan harga petrol dan barangan asas. Ada juga pandangan yang menyatakan bahawa kerajaan hari ini hanya berhasrat untuk menghapuskan semua bentuk subsidi, sangat membebankan rakyat.
Pendapat netizen ada dasarnya, terutama dengan peningkatan kadar SST beberapa bulan lalu dan masalah yang belum selesai berkaitan dengan cukai SST 6% terhadap sektor logistik. Mereka berpendapat bahawa pengurangan subsidi petrol akan meningkatkan kos perbelanjaan bagi rakyat di semua peringkat, memperburuk lagi beban kewangan yang dihadapi. Apa pendapat anda?
Sumber:
1. Analitika Ilmuwan
2. https://www.bharian.com.my/…/pengurangan-subsidi-petrol…
3. https://www.astroawani.com/…/kerajaan-tetap-kurangkan…
4. https://www.bharian.com.my/…/pengapungan-berperingkat…
5. https://www.tiktok.com/@84hotspot/video/7359488778987195655