HomeIsu KerajaanHarga Barang Keperluan Lebih Rendah Berbanding Dahulu?

Harga Barang Keperluan Lebih Rendah Berbanding Dahulu?

Pada 1 April yang lalu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim mengatakan bahawa harga barang asas masih lagi rendah pada zaman pentadbiran beliau berbanding dengan pentadbiran lepas. Pada tahun 2021 sebelum pertukaran kerajaan harga ayam RM13 per kilogram dan minyak masak 5 kg mencecah RM45. Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri.

Berita ini telah “trending” pada 1 April apabila trend menaik dapat dilihat dan mencecah 14,000. Facebook mencatatkan 99% respon negatif, X mencatatkan 95% negatif dan TikTok 99% negatif. Netizen di ketiga-tiga platform setuju bahawa contoh yang diberikan hanya melibatkan 2 barang asas sahaja walhal harga barang keperluan lain seperti bawang, beras dan lain-lain naik. Netizen berpendapat hakikat sebenarnya, kenaikan harga barang dan cukai memberikan kesan langsung kepada rakyat.

Di penghujung analisis, majoriti pendapat di kalangan netizen mengenai perbandingan harga barang asas oleh PMX menunjukkan perasaan tidak puas hati rakyat terhadap cara kerajaan menangani isu kenaikan harga. Contoh yang diberikan hanya melibatkan dua barang, reaksi negatif dari masyarakat di pelbagai platform media sosial menandakan bahawa masalah kenaikan harga barang keperluan lebih luas dan mendalam daripada yang disentuh oleh PMX. Rakyat dapat merasakan bahawa kenaikan harga barang dan cukai bukan hanya angka dan statistik tetapi ia memberi impak nyata yang terasa di poket setiap keluarga.

Pengurusan ekonomi yang efektif dan sensitif terhadap beban rakyat menjadi kritikan utama. Harapan agar kerajaan tidak hanya membandingkan harga barangan tertentu sebagai indikator kejayaan, tetapi perlu melihat skop yang lebih luas pada keperluan asas serta tekanan ekonomi yang dihadapi oleh rakyat. Akhir sekali, rakyat bukan mengharapkan sekadar perbandingan harga oleh kerajaan. Namun, mereka memerlukan tindakan yang dapat meringankan beban hidup dan memastikan kestabilan ekonomi yang merangkumi semua aspek kehidupan. Netizen rata-ratanya berharap agar dakwaan harga barangan masih rendah bukan hanya spekulasi tetapi menggambarkan realiti sebenar kehidupan masyarakat.

Sumber:

1. Analitika Ilmuwan

2. https://www.bharian.com.my/…/harga-barang-keperluan…

3. https://www.astroawani.com/…/harga-barang-keperluan…

4. https://www.sinarharian.com.my/…/anwar-pertahan-harga…

Share:

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Pada bulan April yang lepas, QGA ada melaporkan bahawa Menteri Ekonomi memaklumkan bahawa subsidi bahan api tetap akan dikurangkan pada...
Pada 17 April, Menteri Ekonomi YB Rafizi Ramli nekad bahawa kerajaan akan mengurangkan subsidi petrol pada tahun ini bagi mengecilkan...
Pada 15 April 2024, HeiTech Padu dianugerahkan kontrak oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bernilai RM190 juta. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke,...