Pada 14 Mei, Perdana Menteri berkata jika YDPA meminta pandangannya berkaitan tahanan rumah untuk Datuk Seri Najib, beliau akan mencadangkan untuk mempertimbangkan permohonan itu seperti permohonan rakyat Malaysia yang lain selepas kes 1MDB selesai. Kenyataan ini disambut oleh Menteri Komunikasi pada 15 Mei dengan memaklumkan bahawa pandangan mengenai tahanan rumah ini akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet.
Kenyataan baru dari kerajaan ini menjadi trending di media sosial terutamanya Facebook dan TikTok. Di Facebook, terdapat hampir 30,000 interaksi. Komen terbanyak di Facebook datang dari halaman “NajibRazak”. Manakala TikTok pula mendapat hampir 12,000 interaksi dengan 300,000 tontonan video. X pula mengumpulkan sebanyak 2,000 interaksi sahaja. Dari segi sentimen netizen, kita boleh simpulkan bahawa isu ini mendapat reaksi negatif. Facebook dengan 70% negatif, X dengan 60% negatif dan TikTok juga dengan 60% negatif terhadap PHBN. Antara komen yang dapat dilihat, netizen mengatakan perkara ini perlu mengikut proses undang-undang, menyindir reformasi dan juga mengatakan bahawa kerajaan takut dengan Datuk Seri Najib.
Secara kesimpulannya, polemik tahanan rumah Datuk Seri Najib masih lagi berlegar. Sebelum ini, QGA ada membuat liputan kajian berkenaan Datuk Seri Najib membuat permohonan semakan kehakiman yang mendakwa wujud dekri tambahan dari YDPA ke-16, yang membolehkan beliau untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah. Walaupun perkara ini dalam semakan kehakiman, ucapan Perdana Menteri berkenaan tahanan rumah ini tidak mendapat reaksi positif dari netizen mahupun penyokong Datuk Seri Najib.
Sumber:
1. Analitika Ilmuwan
2. https://www.astroawani.com/…/pm-anwar-cadang-pertimbang…
3. https://www.astroawani.com/…/tahanan-rumah-najib…
4.https://www.bharian.com.my/…/anwar-cadangkan-pertimbang…
5.https://www.sinarharian.com.my/…/tahanan-rumah-terhadap…
6. https://www.facebook.com/QGenAnalysts/posts/1120665749376273Â