Pada 21 Mei 2024, Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim mengumumkan bahawa jemaah menteri telah bersetuju dengan penyasaran subsidi bersasar bagi diesel untuk Semenanjung Malaysia. Pengumuman ini mendapat pujian daripada Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr. Jomo Kwame Sundaram, sebagai satu tindakan berani pada 22 Mei 2024.
Isu ini tular di media sosial dengan pandangan netizen yang bercampur-campur. Netizen di Facebook dan TikTok cenderung ke arah negatif terhadap PHBN manakala di X pula positif terhadap PHNBN. Data dari AI menunjukkan bahawa 98% netizen di Facebook dengan hampir 54,000 interaksi menyindir kerajaan. Di X pula, 95% netizen menunjukkan sokongan positif kepada kerajaan dengan 66,000 interaksi mengulang kenyataan Perdana Menteri bahawa hanya golongan T20 dan warga asing akan terkesan. Di TikTok, 80% netizen cenderung kepada pandangan negatif dengan hampir 200,000 interaksi, antara lain mempersoalkan mengapa penguatkuasaan tidak diperketatkan bagi membendung ketirisan bantuan subsidi.
Biarpun sudah tiga hari sejak pengumuman tersebut, kita masih belum mengetahui mekanisme yang akan digunakan untuk menentukan siapa yang layak dan siapa yang tidak untuk menerima subsidi diesel bersasar ini. Sepanjang pengumuman, Perdana Menteri juga tidak memberikan indikasi jelas tentang ke mana dana subsidi akan disalurkan dan status terkini sistem PADU.
Sumber: