HomeIsu PolitikKeputusan Speaker dan Kerusi Bersatu

Keputusan Speaker dan Kerusi Bersatu

Pada 9 Julai, satu surat dari Speaker Dewan Rakyat memutuskan bahawa 6 kerusi yang diwakili Ahli Parlimen (MP) Bersatu yang menyokong Perdana Menteri tidak akan dikosongkan. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyangkal alasan speaker berkenaan penafsiran undang-undang dan akan mencabar keputusan tersebut. Pada 11 Jun, Perdana Menteri Dato Sri Anwar Ibrahim berkata bahawa Presiden Bersatu hanya membaca sebahagian perlembagaan sahaja. Kenyataan ini dibalas semula oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan menanyakan bahagian mana dalam perlembagaan yang beliau tidak baca.

Dapatan AI mendapati netizen di ketiga-tiga media sosial utama negara memberikan pendapat yang berbeza. Data bacaan di Facebook dan TikTok hampir sama dengan 70% negatif terhadap PHBN dengan majoriti komen di Facebook mempersoal akan keperluan akta antilompat parti apabila seorang speaker boleh membuat tafsirannya sendiri. BERSIH juga menyifatkan Speaker Dewan Rakyat khilaf dalam memahami prinsip dan akta antilompat parti. Speaker Dewan Rakyat sesi lepas, Azhar Azizan Harun, mengatakan walaupun ahli Parlimen ada hak menyuarakan pendapat, demokrasi yang dicorakkan mengikut Westminster memerlukan mereka mengikut arahan parti. Di TikTok majoriti komen mengatakan MP UMNO yang tidak bersetuju dengan kerajaan PHBN sudah boleh mengalihkan sokongan terhadap pembangkang kerana seperti mana MP Bersatu yang menyokong kerajaan sekarang penafsiran yang sama. Manakala di X,90% negatif PN kerana netizen berpendapat 6 orang MP tersebut tidak pun menukar parti mereka.

Isu ini trending pada 11 Jun, dengan komen tertinggi datang dari Facebook datang dari halaman-halaman berita sebanyak 23,000. Di TikTok juga video portal berita mendapat komen tertinggi dengan 24,000. Manakala di X, respon tertinggi di Tweets hadir dari ciapan individu dengan 119. Komen terbanyak netizen adalah di TikTok dengan 57% diikuti oleh Facebook dengan 38% dan akhir sekali di X dengan 6%.

Sebagai kesimpulan, isu ini mencerminkan perdebatan yang berterusan mengenai penafsiran perlembagaan dan keputusan politik dalam konteks kerusi ahli parlimen yang menyokong kerajaan. Reaksi di media sosial menunjukkan pandangan yang bercampur-campur dari pelbagai pihak, mencerminkan kepentingan isu ini di kalangan rakyat. Adalah penting bagi semua pihak yang terlibat untuk mencari jalan penyelesaian yang adil dan telus bagi memastikan integriti proses politik dan kepercayaan rakyat terhadap institusi negara terpelihara.

Sumber:
1. Analitika Ilmuwan
2. https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2316583
3.https://www.astroawani.com/videos/sisitv-parlimen-x7sioi/bersatu-terima-surat-speaker-tiada-kekosongan-enam-kerusi-parlimen-x91vbhg
4. https://malaysiagazette.com/2024/07/11/anwar-bidas-muhyiddin-jangan-baca-perlembagaan-separuh-separuh/
5. https://www.facebook.com/ts.muhyiddin/posts/pfbid0sZu81SU33DuqX6LJy9sXod6CFairQgXLse6i9bRj815X6YHkXtbm2rCnCzJYW1o4l
6.https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/07/10/bersatu-akan-cabar-keputusan-speaker-tak-kosong-kerusi-6-penentang/?utm_source=facebook&utm_medium=share-button
7. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/07/1269976/bersih-dakwa-johari-khilaf-kekal-kerusi-6-bekas-mp-bersatu
8.https://www.malaysianow.com/my/news/2024/07/12/akta-lompat-parti-sangat-jelas-kata-bekas-speaker-selepas-johari-kekalkan-ahli-parlimen-paling-tadah

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Sarawak masih belum menerima RM100 juta yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai pembayaran balik dana untuk baik pulih...
Pada tahun 2024, Malaysia menduduki tempat ke-107 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders (RSF). Ini...
Baru-baru ini, tular berita mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar yang membatalkan pengharaman lesen judi di Kedah. Penghakiman itu disampaikan...