HomeIsu PolitikAnalisis Pecahan Undi Mengikut Kaum: PRK Kuala Kubu Bahru

Analisis Pecahan Undi Mengikut Kaum: PRK Kuala Kubu Bahru

Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bahru yang sedang hangat berlangsung, fenomena pecahan undi mengikut kaum merupakan faktor utama yang mempengaruhi prospek kemenangan bagi calon Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan/Barisan Nasional (PH/BN). Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh QGA, Future dan laporan-laporan akhbar arus perdana terdapat kecenderungan yang jelas dari pengundi berbeza kaum terhadap calon yang bertanding.

1. Kaum Melayu
– Sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) adalah konsisten pada tahap sekitar 60-85%, sementara PH/BN hanya menerima kira-kira 18% sokongan dari kaum Melayu.
– Walaupun terdapat calon daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang menerima sokongan sekitar 16%, kebanyakan daripada 21% ini dijangka akan beralih sokongan kepada PN semasa pengundian.
– Penting untuk PN untuk menggandakan usaha untuk meyakinkan pengundi Melayu agar tidak memilih calon daripada PRM, memandangkan sokongan tersebut adalah kritikal untuk mengekalkan keunggulan PN.

2. Kaum Cina
– PH/BN mengekalkan sokongan yang kukuh dari kaum Cina dengan kira-kira 71% sokongan.
– Walaupun terdapat peratusan kecil (1-2%) yang tidak menunjukkan kecenderungan terhadap mana-mana parti, majoriti besar daripada 26-27% ini dijangka akan menyokong PH semasa pengundian.
– Perikatan Nasional (PN) menghadapi cabaran untuk meningkatkan sokongan kaum Cina melebihi daripada 5%.
– Namun, PH juga tidak boleh terlalu selesa kerana,faktor ekonomi dan kos sara hidup boleh sahaja mengalihkan sokongan pengundi Cina kepada PN dan lain-lain.

3. Kaum India
– Terdapat perubahan dinamik dalam sokongan kaum India, dengan konsisten sekitar 40-60% sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) dalam tempoh kajian.
– PN perlu memberi tumpuan kepada UDM (Unit Daerah Mengundi) yang memiliki majoriti pengundi India melebihi 50% untuk memastikan kestabilan sokongan dari komuniti ini.
– Kajian menunjukkan PN mempunyai peluang untuk meningkatkan sokongan kaum India di beberapa kawasan penting.

KESIMPULAN
Pecahan undi mengikut kaum di PRK Kuala Kubu Bahru menunjukkan kecenderungan yang jelas, dengan kestabilan sokongan Melayu terhadap PN, sokongan kukuh Cina terhadap PH/BN, dan potensi peningkatan sokongan India terhadap PN. Walau bagaimanapun, perubahan dalam dinamika sokongan kaum India menyediakan lanskap yang berubah-ubah, di mana usaha PN untuk menarik sokongan di kalangan kaum India akan memainkan peranan penting dalam menentukan hasil pilihan raya.


Analisis ini memberikan gambaran yang komprehensif terhadap landskap sokongan mengikut kaum dalam PRK Kuala Kubu Bahru, di mana faktor ini akan mempengaruhi strategi dan usaha parti politik yang bertanding.

Sumber:
1. Analitika Ilmuwan
2. https://www.bharian.com.my/…/undi-bukan-melayu-peluang…
3. https://www.sinarharian.com.my/…/prk-kuala-kubu-baharu…
4. https://www.sinarharian.com.my/…/undi-india-samar…
5. https://www.bharian.com.my/…/7-petunjuk-tentukan…
6. https://www.bharian.com.my/…/sokongan-pengundi-india…

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Sarawak masih belum menerima RM100 juta yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai pembayaran balik dana untuk baik pulih...
Pada tahun 2024, Malaysia menduduki tempat ke-107 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders (RSF). Ini...
Baru-baru ini, tular berita mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar yang membatalkan pengharaman lesen judi di Kedah. Penghakiman itu disampaikan...