HomeIsu KerajaanMedia Singapura Lapor Subsidi Minyak Malaysia bakal Dipotong Bulan Jun – Reaksi Netizen

Media Singapura Lapor Subsidi Minyak Malaysia bakal Dipotong Bulan Jun – Reaksi Netizen

Pada bulan April yang lepas, QGA ada melaporkan bahawa Menteri Ekonomi memaklumkan bahawa subsidi bahan api tetap akan dikurangkan pada tahun ini dan disambut oleh Perdana Menteri dengan memaklumkan bahawa langkah ini perlu walaupun kurang popular.

Baru-baru ini akhbar Singapura telah melaporkan bahawa kerajaan akan memotong subsidi bahan api bermula pada Jun 2024. Akhbar The Straits Times dari Singapura itu juga mendakwa bahawa terdapat perbincangan oleh beberapa kementerian berkenaan isu ini pada 3 Mei 2024. Pemotongan subsidi ini dikatakan akan memberi kesan sokongan rakyat terhadap kerajaan sedia ada. Laporan ini telah disangkal oleh Menteri Komunikasi dan Perdana Menteri dengan menyatakan bahawa akhbar antarabangsa tersebut tidak beretika kerana menyerang kerajaan dengan berita negatif.

Bacaan dapatan Analitika Ilmuwan masih sama dengan dapatan sebelum ini di mana sentimen netizen di ketiga-tiga platform media sosial utama adalah negatif terhadap cadangan kerajaan tersebut.

Facebook: 40,000+ interaksi, 99% respon negatif
X (Twitter): 11,000+ interaksi, 90% respon negatif
TikTok: 27,000+ interaksi, 90% respon negatif

Antara komentar yang signifikan adalah seruan kepada kerajaan untuk menyaman media antarabangsa tersebut atas laporan palsu. Netizen juga menuntut penjelasan yang lebih terperinci mengenai perlaksanaan langkah-langkah subsidi bersasar dan pengurangan subsidi bahan api.

Walaupun kerajaan mengakui keperluan langkah ini meskipun tidak popular, tindakan tersebut tetap mencetus kontroversi dan kebimbangan di kalangan rakyat. Reaksi negatif yang diterima daripada pelbagai platform media sosial menunjukkan keresahan rakyat terhadap peningkatan kos sara hidup.

Isu ini akan menjadi satu ujian penting sokongan rakyat terhadap Kerajaan Madani.

Apa kata anda?

Sumber:

  1. Analitika Ilmuwan
  2. https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/malaysia-to-cut-fuel-subsidies-by-june-in-move-that-will-test-support-for-unity-govt
  3. https://www.bernama.com/radio/news.php?id=2294257
  4. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kabinet-belum-bincang-kenaikan-harga-petrol-dan-diesel-laporan-media-asing-tidak-betul-fahmi-469136
  5. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/05/1086784/laporan-media-asing-kerajaan-akan-umum-kenaikan-harga-petrol-diesel-tidak
  6. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1242977/dakwaan-subsidi-bahan-api-dikurangkan-menjelang-bulan-depan-pm

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Pada bulan April yang lepas, QGA ada melaporkan bahawa Menteri Ekonomi memaklumkan bahawa subsidi bahan api tetap akan dikurangkan pada...
Pada 15 April 2024, HeiTech Padu dianugerahkan kontrak oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bernilai RM190 juta. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke,...
Pada 6 April, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul mencadangkan bahawa rakyat makan ubi kayu dulu...