Kontroversi dana syarikat arak untuk sekolah masih lagi tular di media sosial apabila ada beberapa pimpinan kerajaan turut memberikan ulasan. Antaranya, Menteri Pengangkutan yang menjelaskan bahawa syarikat arak telah lama mengumpul dana bagi pihak sekolah. Walau bagaimanapun, Menteri Pendidikan pula bertegas bahawa setiap sumbangan perlu mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Berikut pula komen Timbalan Perdana Menteri:
“Apa yang dilakukan adalah penajaan terhadap ‘event’ (konsert amal) yang dibuat oleh syarikat itu. Ia dianjurkan oleh persatuan ibu bapa (PIBG) dan Lembaga Pengelola Sekolah. Dalam perkara ini, ia tidak pun menyebut bahawa sumbangan daripada syarikat minuman keras itu disalurkan kepada mana-mana sekolah sebagaimana persepsi yang wujud.”
Melihat data dari analisa media sosial AI, menunjukan ketiga-tiga platform media sosial memberikan respon yang negatif terhadap perkara ini. Di Facebook, 99% negatif terhadap kerajaan PH/BN dan Gerakan. Antara komen majoriti di Facebook adalah netizen meluahkan rasa kurang senang dengan prestasi Menteri terbabit dalam menyuarakan pendapat dan menguatkuasakan garis panduan.Â
Ada juga yang menyelar, Menteri Pengangkutan kerana menjawab isu yang bukan dalam portfolio beliau. Di TikTok pula 95% netizen condong ke arah negatif terhadap Menteri Pendidikan dan Menteri Pengangkutan. Mereka merasakan SJK adalah milik kerajaan dan semestinya mengikut polisi KPM. Netizen di TikTok juga menyelar Menteri Pengangkutan kerana turut campur tangan dalam isu yang tidak berkenaan dengan bidang kuasa beliau. Manakala di X, 70% condong negatif terhadap kerajaan PH/BN dengan mengatakan bahawa arak bukanlah satu pengaruh yang baik untuk kanak-kanak sekolah serta mempersoal jika syarikat arak boleh, adakah syarikat judi, rokok dan vape dibenarkan juga?
Kesimpulannya, sekolah merupakan tempat untuk pembentukan akhlak dan jati diri anak-anak. Pandangan umum di kalangan netizen menunjukkan kebimbangan yang mendalam terhadap penerimaan sumbangan dari syarikat arak oleh sekolah-sekolah. Mereka merasakan bahawa ini boleh memberi pengaruh yang tidak sesuai kepada pelajar dan bertentangan dengan nilai pendidikan. Keresahan ini menonjolkan keperluan untuk penguatkuasaan garis panduan yang tegas oleh pihak berwajib bagi memastikan bahawa sumbangan yang diterima oleh institusi pendidikan adalah sesuai dan tidak menimbulkan kontroversi.
Sumber:
1. Analitika Ilmuwan
2. https://www.astroawani.com/…/dana-syarikat-arak-anthony…
3. https://berita.rtm.gov.my/…/sumbangan-kepada-sekolah…
4. https://www.malaysiakini.com/news/713236
5. https://www.sinarharian.com.my/…/sumbangan-syarikat…