Analisis Persepsi Kepimpinan Semasa 2020
53.94 peratus rakyat telah memilih Perikatan Nasional sebagai gabungan yang diyakini.
Ini diikuti oleh Muafakat Nasional (MN) yang berada di kedudukan kedua dengan 19.21 peratus, namun 17.82 peratus pula memilih tidak pasti, tetapi Pakatan Harapan (PH) cuma mempunyai 9.03 peratus sokongan walaupun pernah memerintah 22 bulan sebelum ini.
Kajian ini mendapati, 81.76 peratus berpuas hati terhadap pemerintahan Perikatan Nasional dengan 86.4 peratus juga mahu gabungan ini kekal hingga tamat penggal di mana dipengaruhi oleh aspek kebajikan, ekonomi dan tadbir urus.
Manakala 18.24 peratus tidak berpuas hati kepada Kerajaan Perikatan Nasional adalah disebabkan faktor lantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan segolongan pemimpin tidak berintegriti serta melihat ia sebagai gabungan yang rapuh.
Dapatkan analisis lengkap melalui pdf ini: Analisis-Persepsi-Kepimpinan-Semasa-2020