Analisis Persepsi Kepimpinan Semasa (Pinggir Bandar)
Kajian ini telah dibuat terhadap rakyat pinggir bandar, seramai 85.5% responden melibatkan kaum Melayu dan bukan Melayu menunjukkan sokongan yang kuat terhadap kerajaan PN dan 87.17% responden berharap kerajaan PN kekal sehingga akhir penggal. Mereka berpendapat bahawa kerajaan PN mengambil berat tentang kebajikan rakyat dan mengutamakan pemulihan ekonomi negara
Sokongan rakyat pinggir bandar terhadap kepimpinan yang lepas iaitu PH masih tinggi terutamanya sokongan dari kaum bukan Melayu iaitu 70% dari kaum Cina dan 62% dari kaum India. Mereka bersetuju sekiranya PH diberi peluang untuk mentadbir Malaysia. Namun majoriti responden Melayu iaitu seramai 83% menolak kepimpinan PH diberi peluang sekali lagi untuk menjadi kerajaan
Apakah faktor lain yang memberi keyakinan rakyat pinggir bandar terhadap kerajaan semasa di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin?
Ketahui dengan lebih lanjut melalui pdf ini: Analisis Persepsi Kepimpinan Semasa (Pinggir Bandar)