Analisa Kepimpinan & Gabungan Parti Pilihan Rakyat Malaysia
Secara umumnya, gabungan parti politik yang menjadi pilihan utama responden adalah Perikatan Nasional (PN) sebanyak 39% dan diikuti dengan Barisan Nasional (BN) iaitu 15%. Pilihan seterusnya adalah Muafakat Nasional (MN) 13% dan Pakatan Harapan (PH) 9%.
Pemimpin utama pilihan responden yang diyakini dapat menerajui Malaysia adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) diikuti Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Najib Razak. Walaubagaimanapun, pemimpin pilihan kedua bagi kaum Cina dan India selepas TSMY adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rakyat luar bandar menerima baik pelbagai inisiatif kerajaan. Antara yang menjadi pilihan utama adalah usaha menjaga keharmonian sosial melalui Dasar Perpaduan Negara dan usaha kerajaan dalam menangani pandemic COVID-19.
Kaum Cina juga turut menerima baik usaha kerajaan dalam menyediakan peluang pekerjaan misalnya melalui inisiatif PENJANA. Bagi golongan suri rumah dan tidak bekerja, usaha perisytiharan Darurat oleh kerajaan juga diterima dengan baik.
Dapatkan analisis lengkap melalui pdf ini: Analisa Kepimpinan & Gabungan Parti Pilihan Rakyat Malaysia