Sehingga 1 Mac 2024, konflik antara Israel dan Palestin telah menyebabkan lebih daripada 31,000 kematian, termasuk 30,228 orang Palestin dan 1,410 orang Israel. Angka ini merangkumi 88 wartawan (83 Palestin, 2 Israel, dan 3 Lubnan) serta lebih daripada 136 pekerja bantuan UNRWA. Isu ini, yang merupakan salah satu konflik yang paling lama dan kompleks di dunia. Ia bukan hanya tentang pertikaian wilayah tetapi juga berkaitan rapat dengan hak asasi manusia dan kemanusiaan.
Â
Namun, data AI menunjukkan ada penurunan jumlah pencipta kandungan (content creator) dan tontonan (views) yang membicarakan tentang Palestin sejak awal tahun 2024. Hal ini mungkin disebabkan oleh kesukaran mendapatkan maklumat baru kerana banyak wartawan telah meninggalkan Gaza dan terbunuh dalam serangan, serta adanya isu-isu lain yang mengalihkan fokus pencipta kandungan.
Â
Serangan-serangan Israel terhadap Palestin kerap kali terjadi pada bulan Ramadan, seperti pada Mei 2021, ketika pasukan Israel menyerang kompleks Masjid Al-Aqsa, ia telah menyebabkan ratusan orang Palestin cedera. Menjelang Ramadan yang akan datang, kami di QGA mengajak semua pencipta kandungan di semua platform untuk kembali membangkitkan semangat membicarakan isu Palestin, menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin yang terus bertahan menghadapi konflik ini.
Â
Konflik ini telah mencipta salah satu populasi penjara yang terbesar dan paling lama di dunia. Ini telah menimbulkan krisis kemanusiaan di Gaza dengan kekurangan makanan, air bersih, dan elektrik. Kanak-kanak, sebagai mangsa yang paling rentan, sering kali membesar dalam ketakutan dan ketidakpastian, mengalami trauma yang membayangi mereka jauh ke dalam kehidupan dewasa.
Â
Dalam menghadapi kesulitan ini, solidariti dan sokongan antarabangsa adalah sangat penting. Bantuan kemanusiaan dapat meringankan sebahagian penderitaan dan penyelesaian jangka panjang memerlukan dialog yang konstruktif dan tindakan yang berdasarkan kepada prinsip keadilan serta hak asasi manusia. Isu kemanusiaan di Palestin adalah seruan kepada komuniti antarabangsa untuk melihat konflik ini bukan hanya sebagai masalah politik tetapi sebagai krisis kemanusiaan yang mendesak, memerlukan perhatian dan empati serta tindakan segera. Harapan untuk melihat keadilan dan kedamaian di Palestin adalah bergantung kepada keupayaan dunia untuk melihat dan meredakan penderitaan manusia yang berlaku di sana.
Â