0 1 min 53 yrs

85.5% responden rakyat pinggir bandar berpuas hati dengan pemerintahan PN atas faktor kerajaan PN mengambil berat tentang kebajikan rakyat, mengutamakan pemulihan ekonomi negara dan mengamalkan tadbir urus yang lebih baik. 87.17% responden berharap kerajaan PN kekal sehingga akhir penggal.

Responden yang terlibat dalam kajian ini seimbang dari bangsa Melayu dan bukan Melayu. Jika dipecahkan mengikut bangsa, 95% Melayu, 81% Cina dan 73% India berpuas hati dengan pentadbiran PN.

Kurang 15% responden yang tidak berpuas hati. Secara umumnya, mereka yang tidak berpuas hati beranggapan PN mempunyai kerjasama parti komponen yang rapuh dan di samping segolongan pemimpin yang tidak berintegriti. Walau bagaimanapun, secara spesifiknya alasan setiap kaum adalah berbeza.

Untuk analisis lengkap dalam bentuk pdf dan infografik, anda boleh dapatkan melalui link ini : Analisis Persepsi Umum Mengenai Agenda Muafakat Nasional.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *