Analisis Persepsi Kepimpinan & Solusi Zon Selatan
Kajian bersemuka telah dijalankan terhadap rakyat di zon selatan luar bandar melibatkan masyarakat Melayu, Cina dan India. Secara keseluruhan, pemimpin utama yang menjadi pilihan rakyat mengikut kedudukan adalah seperti berikut:
Pilihan 1: Tan Sri Muhyiddin Yassin (49%)
Pilihan 2: Lain-lain (22%)
Pilihan 3: Datuk Seri Anwar Ibrahim (11%)
Pilihan 4: Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang (10%)
Pilihan 5: Dato’ Seri Najib Razak (8%)
Jika dipecahkan mengikut kaum, kaum Melayu dan kaum India memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin manakala kaum Cina memilih lain-lain (Selain pemimpin sedia ada)
Seramai 28% responden menyatakan Logo Gabungan lebih sesuai digunakan oleh parti-parti di Malaysia, 10% responden lebih suka memilih Logo Parti dan selebihnya iaitu majoriti tidak pasti logo yang sesuai bagi gabungan parti
Faktor utama responden untuk memilih sesuatu parti/gabungan adalah mereka yang mengutamakan pemulihan ekonomi negara dan mengambil berat kebajikan rakyat
Apakah faktor utama penolakan responden terhadap sesebuah parti/gabungan?
Apakah faktor penarik responden kepada sesebuah parti/gabungan?
Apakah 5 ciri utama pemimpin pilihan responden?
Ketahui dengan lebih lanjut dan terperinci melalui dapatan pdf ini:Analisis-Persepsi-Kepimpinan-&-Solusi-Zon-Selatan