
Peningkatan kes bunuh diri akibat kemurungan sepanjang pandemik Covid-19 melanda amat menyayat hati. Lantaran tekanan yang dihadapi, ada sebahagian daripada ahli keluarga, sahabat dan jiran kita memikirkan itulah jalan terakhir yang perlu diambil.
Data daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menunjukkan peningkatan sebanyak 20 peratus pada tahun 2020 berbanding tahun sebelumnya. Sehingga November 2020, sebanyak 226 kes bunuh diri direkodkan [1].
Dari 1 Jan – 18 Jun 2021 sebanyak 122,328 panggilan diterima Talian Bantuan Sokongan Psikososial [2]. 89.4% daripada panggilan berkaitan kesan daripada masalah-masalah seperti:
• Kehilangan punca pekerjaan dan pendapatan• Hilang tempat bergantung
• Pergaduhan antara ahli keluarga
• Masalah rumahtangga (pertengkaran, perpisahan, penceraian) dan penderaan (emosi dan fizikal)
Bagi menangani dan membantu mereka yang mengalami tekanan, KKM telah melaksanakan beberapa inisiatif seperti:
• Pegawai psikologi KKM bekerjasama dengan MERCY Malaysia bagi memberikan khidmat kauseling menerusi Talian Bantuan Sokongan Psikososial sejak 25 Mac 2020
• Kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan lain untuk talian bantuan seperti KSK Care oleh JAKIM dan Talian KASIH di bawah KPWKM
• Perkhidmatan kepakaran psikiatri oleh para pakar
• Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial atau MHPSS (Mental Health Psychosocial Support Service) di hospital dan klinik kesihatan untuk kumpulan sasar merangkumi:
i. Person Under Surveillance (PUS) di Stesen Kuarantin dan di rumah
ii. Pesakit COVID-19 di hospital atau PKRC
iii. Petugas kesihatan yang bertugas dalam menangani pandemik COVID-19 di semua peringkat
iv. Petugas daripada agensi lain yang terlibat dalam mengendalikan pandemik COVID-19
v. Ahli keluarga kepada individu yang meninggal akibat COVID-19
Mereka yang mengalami masalah kemurungan memerlukan ‘telinga’ yang mendengar luahan hati dan ‘tangan’ yang sudi menghulurkan bantuan.
Segera dapatkan khidmat kaunseling untuk sokongan emosi serta mental.
Talian Sokongan Psikososial Covid-19 (KKM & MERCY)
03-2935 9935
014-322 3392
011-639 96482
011-639 94236
Talian Kasih (KPWKM)
15999
MyCare Covid-19 (JAKIM)
Telefon: 017-6609760
Whatsapp: 011-19598214
Emel: mycarecov19@islam.gov.my
Rujukan:
[1] Astro Awani “Kes bunuh diri naik mendadak, melonjak 20 peratus berbanding tahun lepas” https://www.astroawani.com/…/kes-bunuh-diri-naik…
[2] Inisiatif Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan (MHPSS) KKM https://www.facebook.com/kementer…/posts/10158018153766237