0 4 mins 52 yrs

Rancangan Malaysia merangka pembangunan negara yang merupakan perancangan indikatif oleh kerajaan yang disediakan untuk dijadikan sebagai panduan oleh semua pihak kementerian, agensi sektor swasta pelabur asing, pelabur tempatan, pertubuhan masyarakat sivil dan juga orang ramai dalam melaksanakan aktiviti harian ataupun kehidupan masing-masing. Langkah ini diambil agar semua pihak jelas mengenai hala tuju negara yang ingin dicapai bersama dan semua pihak mendapat maklumat yang sama mengenai langkah-langkah yang tepat yang perlu dilaksanakan untuk mecapai hala tuju tersebut dengan pelbagai modus operandi termasuk bantuan kerajaan sebagaimana yang ditegaskan oleh YBrs. Dr. Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Pengarah (Makro). Unit Perancangan Ekonomi ketika temu bual radio bersama Bernama Radio.

Pembangunan bagi sesebuah negara atau masyarakat pada hari ini meliputi pelbagai aspek yang terdiri daripada pembangunan berskala kecil, sederhana dan besar. Pembangunan besar adalah merujuk kepada ekonomi, kesihatan dan sebagainya. Pemantauan bagi kadar pembangunan ini merupakan salah satu cara melihat prestasi bagi usaha yang telah dijalankan dan bagaimana penambahbaikan dapat dilakukan jika terdapat kadar yang tidak diingini berlaku.

Artikel penyelidikan yang dikeluarkan oleh Hiroshi Wagatsuma menyentuh bagaimana pembangunan sesebuah negara, budaya dan social di Jepun sangat berkait rapat dengan remaja. Pembangunan yang sejagat perlu dilakukan untuk menyentuh aspek-aspek yang penting antaranya melibatkan pembangunan sesebuah masyarakat, terutamanya golongan belia.

Dapatan berkaitan indeks pembangunan remaja telah dikeluarkan oleh The Commenwealth yang terdiri daripada 54 negara yang terlibat dalam Commonwealth Youth Programme (CYP), salah satunya adalah negara Malaysia. Malaysia telah mengeluarkan sebanyak 87 peratus daripada golongan belia berumur 15-24 tahun, hidup dalam konteks pembangunan belia yang membangun. Sebanyak 60 peratus gologan belia pula adalah berumur 30 tahun dari 2 bilion masyarakat bagi 54 negara tersebut. Kepentingan pembangunan belia pada harini perlu ditekankan agar golongan tersebut mampu untuk mengejar segala aspek yang perlu dipelopori iaitu aspek pekerjaan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya.

Para belia harus mempunyai sikap bertangungjawab dan bersedia menggalas tanggungjawab besar sebagai persiapan diri. Maklumat penyelidikan yang dibuat berkaitan dengan social mobaliti di Jepun, Tanaka dan Matsuyama pada tahun 1960 telah memungut data berkaitan dengan dasar pertanggungjawaban bagi sebuah keluarga dari tahap kelas sosial yang berbeza. Ianya amat berkait rapat dengan daya usaha anak-anak untuk mempunyai sifat bertanggungjawab bagi memotivasi diri mereka untuk berjaya di Jepun, sehinggakan pada harini, terdapat pelbagai kejayaan yang diperoleh hasil perjalanan usaha yang dijalani oleh mereka yang merangkumi kepada persediaan kejiwaan dan pemikiran yang terikat dengan iltizam yang tinggi.

Persiapan yang seterusnya adalah persiapan menjadikan diri bermaanfaat kepada masyarakat dan melahirkan kebaikan kepada semua. Ini menjadikan seseorang itu pelopor dan bukanlah pengekor, mereka bertindak berdasarkan inisiatif sendiri dalam skop peranan yang dapat diliputi oleh mereka. Industri permotoran adalah antara industri baru yang dipelopori oleh Jepun sejak 1960 hasil peningkatan permintaan luar negara tersebut.

Semangat berkorban adalah persediaan yang perlu ada pada golongan belia bagi pembangunan yang sejagat pada diri seorang belia seperti berkorban tenaga, masa dan sebagainya. Ianya perlu dipupuk sejak awal agar mereka bersedia terhadap sebarang kemungkinan yang tidak dingini berlaku. Terdapat satu artikel yang menceritakan bagaimana budaya semangat di Jepun dapat menjadikan masyarakat sentiasa bersedia. Contohnya samurai iaitu tentera Jepun pada satu ketika dahulu, mempunyai semangat berkorban yang tinggi. Artikel penyelidikan yang telah dibuat oleh Shigeyuki Mori berkaitan dengan kebudayaan di Jepun menceritakan Bushido, budaya Jepun yang diterapkan sejak permulaan persediaan samurai, merupakan proces menjadikan samurai mempunyai semangat kamikaze.

Kesimpulannya, pemilihan kriteria pembangunan yang betul perlulah ditetapkan dengan meliputi keseluruhan aspek yang perlu tanpa meninggalkan aspek kebelakang. Tindakan memastikan aspek-aspek pembangunan tersebut perlulah di tetapkan agar pembangunan negara menjadi menyeluruh dan kompeten dengan negara membangun yang lain yang telah membuat penekanan lebih awal.

#QGenAnalysts

#GeneratingImpactfulResearch

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *