GENERATING IMPACTFUL RESEARCH
85.5% responden rakyat pinggir bandar berpuas hati dengan pemerintahan PN atas faktor kerajaan PN mengambil berat tentang kebajikan rakyat, mengutamakan pemulihan ekonomi negara dan mengamalkan tadbir urus yang lebih baik. 87.17% responden berharap kerajaan PN kekal sehingga akhir penggal. Responden yang terlibat dalam kajian ini […]
OpinionBerdasarkan laporan Industry Responses to Computational Propaganda and Social Media Manipulation oleh Taylor dan Hoffman (2019), bermula pada 2016, perhatian telah mula ditumpukan kepada tindakan dari platform media sosial dalam menangani penyebaran propaganda menggunakan komputer. Pada mulanya platform-platform media sosial memberi alasan bahawa hanya peratusan […]
ArticlesBerdasarkan laporan Industry Responses to Computational Propaganda and Social Media Manipulation oleh Taylor dan Hoffman (2019), bermula pada 2016, perhatian telah mula ditumpukan kepada tindakan dari platform media sosial dalam menangani penyebaran propaganda menggunakan komputer. Pada mulanya platform-platform media sosial memberi alasan bahawa hanya peratusan yang kecil sahaja dari keseluruhan hantaran atau pengguna yang terlibat justeru tidak banyak tindakan dari pihak mereka sendiri. Namun sejak awal 2017, mereka mula mengubah pendekatan dan mengambil sejumlah besar inisiatif dengan tergesa-gesa.
Kajian telah dijalankan menggunakan metodologi analisis kandungan terhadap pengumuman rasmi dari 6 platform internet (Facebook, Google dan YouTube, LinkedIn, Reddit, dan Twitter) berkaitan propaganda menggunakan komputer, disokong laporan berita terpilih serta terma-terma dan polisi-polisi yang berkaitan.
Bukti menunjukkan perubahan sikap platform internet dalam mendepani cabaran propaganda menggunakan komputer antara November 2016 dan April 2018. Bidang utama di mana plaftform campur tangan ialah dengan penguatkuasaan terma-terma dan polisi sedia ada dengan lebih ketat, di samping peningkatan kerjasama dengan pihak-pihak lain termasuk agensi berita, pemeriksa-pemeriksa fakta dan organisasi masyarakat.
BENTUK-BENTUK GERAK BALAS OLEH PLATFORM-PLATFORM UTAMA
Terdapat 10 kategori besar bagi kaedah campur tangan platform media sosial dalam menangani penyebaran propaganda menggunakan komputer.
1. Perubahan algoritma / kecerdikan buatan
Beberapa platform telah mengubahsuai algoritma mereka supaya merendahkan keutamaan berita-berita yang bermutu rendah atau memaparkan beraneka pandangan yang berbeza-beza (untuk mengatasi kesan ‘kamar gema’), dan juga menggunapakai kecerdikan buatan untuk mencari perilaku kesat, spam, atau kandungan-kandungan lain yang berbahaya, menyalahi undang-undang atau tidak dikehendaki.
2. Pemeriksaan fakta dan penandaan
Kerjasama dengan NGO dan organisasi berita untuk memeriksa fakta. Plaftorm-platform juga sudah melakukan ujikaji penandaan berita, samaada hasil pemeriksaan pihak ketiga ataupun hasil maklumat yang disediakan oleh organisasi berita yang berkerjasama dengan mereka.
3. Laporan yang diperkasa
Beberapa platform telah menguji beberapa kaedah bagi menggalakkan pengguna melaporkan kandungan yang bermutu rendah atau maklumat salah.
4. Penyelarasan kandungan oleh manusia
Terdapat beberapa inisiatif yang berfokus kepada mengambil atau melatih lebih ramai kakitangan untuk menyelaras kandungan.
5. Penguatkuasaan
Penguatkuasaan dengan lebih ketat terma-terma dan polisi sedia ada merupakan langkah paling popular setakat ini.
6. Rakan kongsi dan kajian
Sebahagian platform telah berkerjasama sesame sendiri dan juga dengan organisasi-organisasi berita, university-universiti, dan pertubuhan-pertubuhan awam bagi melaksanakan kajian dan memerangi penyebaran propaganda menggunakan komputer.
7. Proram literasi media
Salah satu kaedah jangka masa panjang memberi fokus kepada kanak-kanak peringkat umur sekolah rendah dan seumpamanya bagi membiayai lebih banyak peluang pengajaran dan latihan untuk menanamkan kemahiran yang perlu bagi mengenal pasti kandungan yang palsu dan fakta sebenar.
8. Sokongan terhadap kewartawanan yang berkualiti
Bagi mendepani cabaran zaman digital, sebahagian platform telah mula menyediakan sokongan kewangan untuk melatih para wartawan dan mencipta peralatan yang memudahkan organisasi berita mencipta pendaftaran yang lancar bagi langganan berita.
KESIMPULAN
• Laporan kajian ini telah menyerlahkan bagaimana tahun 2016 merupakan titik tolak bagi perubahan sikap platform internet dalam mendepani cabaran propaganda menggunakan komputer dan kesannya terhadap demokrasi dan kepercayaan masyarakat terhadap platform itu sendiri.
• Masyarakat mungkin mendapat manfaatnya daripada pengekalan sebahagian jenis kandungan dan penghapusan sebahagian yang lainnya, namun persoalannya siapakah yang patut memutuskan apa yang perlu dibuat dan proses yang perlu diambil, serta bagaimana platform media sosial dapat dijadikan lebih mudah difahami, telus disamping tidak mengekang kebebasan bersuara dan demokrasi.
• Pada dasarnya, platform media sosial perlu bekerjasama dengan pemegang-pemegang taruh yang lain bagi menggariskan gerak balas yang jelas, terbuka dan telus yang boleh memerangi propaganda menggunakan komputer dengan sesuai, berkesan serta meyakinkan.
Rujukan
Taylor, E. & Hoffman, S. (2019. Industry Responses to Computational Propaganda and Social Media Manipulation. Computational Propaganda Research Project, University of Oxford.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz membentangkan #belanjawan2021 di Dewan Rakyat pada minggu lalu. Pembentangan ini dilakukan bagi mengekang penularan COVID-19, memastikan ketahanan ekonomi negara dan kelangsungan hidup rakyat. #belanjawan2021 mendapat kritikan, pujian dan juga komen dari ahli ekonomi, ahli politik dan segenap lapisan […]
NewsMenteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz membentangkan #belanjawan2021 di Dewan Rakyat pada minggu lalu. Pembentangan ini dilakukan bagi mengekang penularan COVID-19, memastikan ketahanan ekonomi negara dan kelangsungan hidup rakyat.
#belanjawan2021 mendapat kritikan, pujian dan juga komen dari ahli ekonomi, ahli politik dan segenap lapisan masyarakat sama ada T20, M40 dan B40.
#belanjawan2021 hangat diperkatakan dan dibincangkan ketika kemuncaknya pada 6 November 2020 dan beransur surut selepas daripada itu sehingga ke hari ini.
#belanjawan2021 merupakan antara hashtag yang tertinggi dalam minggu ini kerana melibatkan semua sektor sama ada kementerian, industri, perniagaan kecil mahupun individu.
Ramai dari kalangan rakyat yang turut memberikan maklum balas jujur. Mereka mempersoalkan peruntukan perbelanjaan mengurus (OE) bernilai RM 84 Billion, mengadu kehilangan pekerjaan dan memikirkan kelangsungan hidup.
Dalam setiap negara yang dikaji, parti politik atau agensi kerajaan akan menggunakan media sosial bagi membentuk pemikiran dan tingkah laku masyarakat. Media sosial telah di gunakan untuk propaganda politik, mencemarkan informasi digital serta menekan kebebasan akhbar dan hak bersuara dalam masyarakat. Walaupun terdapat banyak jaringan […]
NewsDalam setiap negara yang dikaji, parti politik atau agensi kerajaan akan menggunakan media sosial bagi membentuk pemikiran dan tingkah laku masyarakat. Media sosial telah di gunakan untuk propaganda politik, mencemarkan informasi digital serta menekan kebebasan akhbar dan hak bersuara dalam masyarakat.
Walaupun terdapat banyak jaringan sosial media yang ada, Facebook didapati menjadi pilihan paling popular bagi manipulasi sosial media.
Berdasarkan data dari FB Ad Library, Donald Trump telah membelanjakan USD 111 Juta manakala Joe Biden telah membelanjakan USD 99.9 Juta untuk kempen iklan di media sosial mengenai masalah sosial, pilihan raya dan politik. Masing-masing mempunyai jumlah follower yang ramai iaitu seramai 30 Juta follower Donald Trump (FB) dan 3.5 Juta follower Joe Biden (FB).
Admin yang bertanggungjawab mengendalikan page Donald Trump adalah seramai 35 admin lebih sedikit berbanding page Joe Biden iaitu seramai 98 admin. Setiap page telah jalankan iklan lebih daripada 50,000 iklan.
Data ini menunjukkan penguasaan media sosial oleh sesebuah parti adalah sangat penting dalam usaha mendapatkan sokongan serta mempengaruhi pengundi dan pengikut masing-masing.
Berdasarkan Laporan The Global Disinformation Order: 2019 Global Inventory of Organised Social Media Manipulation oleh Bradshaw dan Howard (2019), propaganda menggunakan komputer menerusi penggunaan algorithm, automasi dan data raya dalam membentuk pemikiran manusia telah menjadi semakin berleluasa dan menguasai kehidupan kita sehari-hari. Kajian telah dijalankan […]
PublicationsBerdasarkan Laporan The Global Disinformation Order: 2019 Global Inventory of Organised Social Media Manipulation oleh Bradshaw dan Howard (2019), propaganda menggunakan komputer menerusi penggunaan algorithm, automasi dan data raya dalam membentuk pemikiran manusia telah menjadi semakin berleluasa dan menguasai kehidupan kita sehari-hari.
Kajian telah dijalankan menggunakan metodologi, analisis kandungan, tinjauan literatur, kajian kes dan rundingan dengan pakar.
KEMPEN MANIPULASI SOSIAL MEDIA
Bukti menunjukkan bahawa kempen manipulasi sosial media yang terancang telah ditemui di 70 buah negara pada tahun 2019 bertambah daripada 48 negara pada tahun 2018 dan 28 negara pada tahun 2017.
Dalam setiap negara yang dikaji, sekurang-kurangnya sebuah parti politik atau agensi kerajaan menggunakan media sosial bagi membentuk pemikiran dan tingkah laku masyarakat. Walaupun terdapat banyak jaringan sosial media yang ada, Facebook didapati menjadi pilihan paling popular bagi manipulasi sosial media.
Bagi Malaysia, laporan menunjukkan bahawa Facebook, Twitter, Whatsapp dan Youtube menjadi platform utama bagi manipulasi sosial media bagi aktiviti cybertroop.
DAPATAN 1 – BENTUK ORGANISASI
Laporan tersebut telah mengkategorikan bentuk organisasi yang menaungi aktiviti cybertrooper kepada lima jenis iaitu:
1) Agensi kerajaan
2) Parti politik dan ahli politik
3) Organisasi swasta
4) Organisasi dari orang awam
5) Individu dengan pengaruh.
Dapatan kajian bagi Malaysia menunjukkan terdapat lebih dari sebuah agensi kerajaan, parti politik/ahli politik serta organisasi swasta yang memainkan peranan menggunakan propaganda berkomputer bagi memanipulasi pemikiran orang awam.
Turut ditemui adalah bukti dari organisasi orang awam serta individu dengan kelompok pengaruh misalnya golongan belia, penggodam dan lain-lain..
Kajian mendapati bahawa propaganda ini dinaungi oleh organisasi yang terancang dan menggunakan kaedah dan teknik yang tertentu sewaktu pilihanraya.
DAPATAN 2 – JENIS AKAUN PALSU YANG DIGUNAKAN
Akaun palsu menjadi alat penting bagi cybertrooper menyebarkan propaganda mereka. Kajian tiga tahun ini menujukkan tiga jenis akaun palsu yang utama iaitu yang dikendali melalui bot, manusia dan cyborg. Selain itu terdapat juga mereka yang menggunakan akaun curi atau yang telah digodam.
Kajian terhadap Malaysia telah menemui bukti bahawa aktiviti cybertroop ini secara utama telah dikendalikan melalui akaun bot. Bot adalah akaun dengan kuasa automatik tinggi yang direka bagi menyerupai perlakuan manusia di atas talian.
DAPATAN 3 – STRATEGI MESEJ
Aktiviti cybertroop menggunakan pelbagai bentuk mesej dan strategi tarikan dalam berkomunikasi dengan pengguna di atas talian. Laporan ini telah mengkelaskan lima kategori bentuk mesej yang telah direka iaitu:
1) Menyebarkan propaganda pro-kerajaan atau pro-parti
2) Menyerang atau mengemukakan kempen memburukkan pihak lawan
3) Mengalih/mengubah kritikan dari isu sebenar yang penting
4) Memandu pembahagian dan polarisasi
5) Tekanan melalui serangan peribadi atau gangguan
Bukti bagi kajian di Malaysia menunjukkan bahawa mesej yang kerap digunakan adalah melalui penyebaran propaganda yang menyokong pro-kerajaan atau pro-parti, serangan terhadap parti lawan terutamanya dengan mengadakan kempen yang menjatuhkan mereka serta memberikan tekanan misalnya melalui serangan atau gangguan peribadi.
DAPATAN 4 – STRATEGI KOMUNIKASI
Cybertrooper menggunakan strategi komunikasi yang pelbagai dan dikategorikan sebagai yang berikut:
1) Mereka maklumat yang tidak benar serta manipulasi media
2) Laporan besar-besaran kandungan atau akaun
3) Strategi berpandukan data
4) Pelawakan, pendedahan sulit dan gangguan
5) Menggandakan kandungan dan media atas talian.
Bukti menunjukkan bahawa propaganda berkomputer yang berlaku di Malaysia telah disebarkan dengan cara manipulasi media dan penyebaran maklumat yang tidak benar, strategi berpandukan data serta penggandaan mesej dan kandungan misalnya dengan menggunakan hashtag.
Manipulasi media dan penyebaran maklumat yang salah telah dijalankan misalnya menggunakan video serta laman web berita palsu. Strategi berpandukan data pula adalah dimana data pengguna telah diperolehi secara online atau offline serta pengiklanan dalam media sosial yang popular secara berbayar.
DAPATAN 5 – KAPASITI CYBERTROOP
Laporan ini juga telah cuba mengkaji tiga aspek penting berhubung kapasiti cybertroop iaitu: saiz pasukan, belanjawan dan perbelanjaan serta latihan kemahiran dan pengetahuan.
Pasukan ini juga dikenalpasti melalui empat kategori iaitu pasukan dengan kapasiti tinggi, medium, rendah dan minimal.
Bukti dari Malaysia menunjukkan bahawa kemungkinan pasukan cybertroop yang ada mempunyai pasukan yang tetap dengan kapasiti ahli di antara 50 ke 2000. Disamping itu latihan yang diberi adalah secara formal dan secara keseluruhannya dikategorikan sebagai pasukan dengan kapasiti medium.
KESIMPULAN
Laporan kajian ini telah menyerlahkan bagaimana agensi kerajaan dan parti politik tertentu telah menggunakan media sosial bagi propaganda politik, mencemarkan informasi digital serta menekan kebebasan akhbar dan hak bersuara dalam masyarakat.
Media sosial yang seharusnya menjadi saluran pengukuhan kebebasan dan demokrasi kini kian menjadi wasilah bagi penyebaran maklumat yang tidak benar, pencetus kepada jenayah yang mengakibatkan pengurangan kepercayaan terhadap media dan demokrasinya..Rujukan: Bradshaw, S. & Howard, P. N. (2019. The Global Disinformation Order: 2019 Global Inventory of Organised Social Media Manipulation. Computational Propaganda Research Project, University of Oxford.
QGA membawakan imbasan mengenai parti PAS, UMNO, BERSATU, PKR, AMANAH dan DAP yang menjadi sebutan dalam platform media sosial dalam tempoh 30 hari yang lalu iaitu daripada 23 September hingga 22 Oktober 2020. [ POPULARITI PAS ] Kata kunci paling popular mengenai PAS dalam 30 […]
ArticlesQGA membawakan imbasan mengenai parti PAS, UMNO, BERSATU, PKR, AMANAH dan DAP yang menjadi sebutan dalam platform media sosial dalam tempoh 30 hari yang lalu iaitu daripada 23 September hingga 22 Oktober 2020.
[ POPULARITI PAS ]
Kata kunci paling popular mengenai PAS dalam 30 hari terakhir adalah ‘parti’, perbincangan netizen adalah mengenai:
• Identiti PAS sebagai parti politik atau organisasi dakwah kerana perlantikan ahli PAS sebagai ADUN di Sabah
• Hala tuju politik PAS berkaitan dengan kerjasama dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional, sebagai tindak balas kepada kenyataan UMNO untuk menarik sokongannya terhadap Muhyiddin Yassin
Sebutan mengenai PAS meningkat secara mendadak pada 14 Oktober dijumpai dalam komen terhadap catatan Najib Razak di Facebook mengenai hasil pertemuan Biro Politik UMNO, yang mana sebilangan besar menyebutkan bahawa UMNO akan memperkukuhkan Muafakat Nasional dengan PAS.
[ POPULARITI UMNO ]
Kata kunci paling popular mengenai UMNO dalam 30 hari terakhir adalah ‘support’, perbincangan netizen adalah mengenai:
• Hasil pertemuan Biro Politik UMNO untuk mempertimbangkan kembali sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional
• Kenyataan Zahid Hamidi mengenai gencatan senjata politik UMNO dan sokongan berterusan terhadap Muhyiddin.
Sebutan mengenai UMNO meningkat secara mendadak pada 14 Oktober berkait isu yang sama mengenai hasil mesyuarat Biro Politik UMNO.
[ POPULARITI BERSATU ]
Kata kunci paling popular mengenai BERSATU dalam 30 hari terakhir adalah ‘government’, perbincangan netizen adalah mengenai:
• Pelantikan Ketua Menteri Sabah dari BERSATU
• Kerajaan persekutuan pada masa ini adalah kerajaan BERSATU yang menyebabkan keresahan di kalangan ahli-ahli UMNO.
Sebutan mengenai BERSATU meningkat secara mendadak pada 14 Oktober berkait kritikan terhadap pengaruh BERSATU dalam pemerintahan Perikatan Nasional, yang mendakwa BERSATU tidak memiliki hak untuk memerintah dengan kerusi parlimen minoriti.
[ POPULARITI PKR ]
Kata kunci paling popular mengenai PKR dalam 30 hari terakhir adalah ‘country’, perbincangan netizen adalah mengenai:
• Kenyataan kemungkinan DAP menjalin hubungan dengan UMNO kerana tidak ada yang mustahil dalam politik negara kita
• Oleh kerana PAS dapat diterima oleh PBS dan STAR yang berpusat di Sabah, begitu juga DAP dengan UMNO, yang dianggap sebagai norma baru dalam politik Malaysia, iaitu untuk memperjuangkan negara.
Sebutan mengenai PKR meningkat mendadak pada 23 September berkait dakwaan Anwar bahawa dia mempunyai majoriti cukup dan kuat untuk membentuk kerajaan baru, yang mencetuskan perbincangan di media sosial mengenai parti mana yang terlibat dalam majoriti itu.
[ POPULARITI AMANAH ]
Kata kunci paling popular mengenai AMANAH dalam 30 hari terakhir adalah ‘rules’, perbincangan netizen adalah mengenai:
• Kritikan terhadap tweet Khalid Samad dengan gambarnya semasa Perasmian Konvensyen AMANAH Perak, yang menimbulkan persoalan bagaimana dia berjaya melintasi sempadan Selangor semasa PKPB
• Orang ramai mengatakan bahawa kedua-dua pihak dari kumpulan politik (kerajaan/pembangkang) adalah sama, seolah-olah peraturan dan garis panduan SOP tidak dikenakan kepada ahli politik.
Sebutan mengenai AMANAH meningkat mendadak pada 18 Oktober berkait isu yang sama.
[ POPULARITI DAP ]
Kata kunci paling popular mengenai DAP dalam 30 hari terakhir adalah ‘political survivability’, perbincangan netizen adalah mengenai:
• Penglibatan DAP dalam menyokong Anwar bersama dengan MP UMNO untuk membentuk kerajaan baru
• Nelizen mengatakan mereka tidak pernah membayangkan DAP, PKR dan UMNO akan bersama sebagai pemerintah dan ini adalah hasil tindakan pemberian mandat rakyat pada PRU14.
Sebutan mengenai DAP meningkat mendadak pada 6 Oktober berkait sokongan DAP terhadap Adun DAP yang diuji positif Covid-19, netizen mengatakan ianya bukan mengenai hasil ujian swab, sebaliknya pematuhan terhadap sop kuarantin diri
2 intipati PENTING dari kenyataan media Istana Negara: 1) Ahli politik agar memberhentikan segala politicking yang mengganggu kestabilan negara. 2) Ahli Parlimen wajar memastikan pembentangan belanjawan 2021 berjalan lancar. Ini adalah masanya ahli politik membuktikan semangat kenegarawan! Bersatu membendung Covid-19. Kebajikan rakyat perlu diutamakan.
News2 intipati PENTING dari kenyataan media Istana Negara:
1) Ahli politik agar memberhentikan segala politicking yang mengganggu kestabilan negara.
2) Ahli Parlimen wajar memastikan pembentangan belanjawan 2021 berjalan lancar.
Ini adalah masanya ahli politik membuktikan semangat kenegarawan!
Bersatu membendung Covid-19.
Kebajikan rakyat perlu diutamakan.
In the past few months, the media were immensely discussing on the Minister’s adherence towards the MKN’s guidelines following the Covid-19 pandemic. One of the issues raised was regarding the failure of a minister from PAS, Khairuddin Aman Razali. On 21st October, the AG made […]
NewsIn the past few months, the media were immensely discussing on the Minister’s adherence towards the MKN’s guidelines following the Covid-19 pandemic. One of the issues raised was regarding the failure of a minister from PAS, Khairuddin Aman Razali.
On 21st October, the AG made a ruling that there is no basis to punish Khairuddin further.
Responses towards AG’s ruling on Khairuddin spiked at 2.00pm and decreases naturally, suggesting it’s not naturally discussed by the society.
Trending keywords in the social media regarding AG’s ruling on Khairuddin are:
• Kedaulatan undang-undang, the sovereignty of the law in the country
• Double standards between the citizen and the ministers
• 14b form was not given to him, of which become the basis of the AG’s ruling
Dalam beberapa bulan terakhir, media banyak membicarakan kepatuhan Menteri terhadap garis panduan MKN berikutan pandemi Covid-19. Salah satu isu yang dibangkitkan adalah mengenai kegagalan seorang menteri dari PAS, Khairuddin Aman Razali. Pada 21 Oktober, AG membuat keputusan bahawa tidak ada asas untuk menghukum Khairuddin. Trend […]
NewsDalam beberapa bulan terakhir, media banyak membicarakan kepatuhan Menteri terhadap garis panduan MKN berikutan pandemi Covid-19. Salah satu isu yang dibangkitkan adalah mengenai kegagalan seorang menteri dari PAS, Khairuddin Aman Razali.
Pada 21 Oktober, AG membuat keputusan bahawa tidak ada asas untuk menghukum Khairuddin.
Trend respon netizen terhadap keputusan AG mengenai Khairuddin meningkat pada pukul 2.00 petang pada hari ia di umumkan dan kemudiannya menurun beberapa jam selepas itu, menunjukkan bahawa ia tidak dibincangkan secara aktif oleh masyarakat.
Kata kunci yang popular di media sosial mengenai keputusan AG mengenai Khairuddin adalah:
• Kedaulatan undang-undang di negara ini
• Double standards antara warganegara dan menteri
• Borang 14b tidak diberikan kepada Khairuddin, yang menjadi asas dalam keputusan AG
85.5% responden rakyat pinggir bandar berpuas hati dengan pemerintahan PN atas faktor kerajaan PN mengambil berat tentang kebajikan rakyat, mengutamakan pemulihan ekonomi negara dan mengamalkan tadbir urus yang lebih baik. 87.17% responden berharap kerajaan PN kekal sehingga akhir penggal. Responden yang terlibat dalam kajian ini […]
Opinion85.5% responden rakyat pinggir bandar berpuas hati dengan pemerintahan PN atas faktor kerajaan PN mengambil berat tentang kebajikan rakyat, mengutamakan pemulihan ekonomi negara dan mengamalkan tadbir urus yang lebih baik. 87.17% responden berharap kerajaan PN kekal sehingga akhir penggal.
Responden yang terlibat dalam kajian ini seimbang dari bangsa Melayu dan bukan Melayu. Jika dipecahkan mengikut bangsa, 95% Melayu, 81% Cina dan 73% India berpuas hati dengan pentadbiran PN.
Kurang 15% responden yang tidak berpuas hati. Secara umumnya, mereka yang tidak berpuas hati beranggapan PN mempunyai kerjasama parti komponen yang rapuh dan di samping segolongan pemimpin yang tidak berintegriti. Walau bagaimanapun, secara spesifiknya alasan setiap kaum adalah berbeza.
Untuk analisis lengkap dalam bentuk pdf dan infografik, anda boleh dapatkan melalui link ini : Analisis Persepsi Umum Mengenai Agenda Muafakat Nasional.
On 23rd of September, Anwar make an announcement that he has a “strong, formidable majority” in Parliament, close to two thirds to form government. The Yang Di-Pertuan Agong however was unavailable to grant him an audience due to His Majesty undergoing treatment. 13th October was […]
NewsOn 23rd of September, Anwar make an announcement that he has a “strong, formidable majority” in Parliament, close to two thirds to form government. The Yang Di-Pertuan Agong however was unavailable to grant him an audience due to His Majesty undergoing treatment. 13th October was granted as the new date for an audience with the Majesty.
Mentions of Anwar Ibrahim in the social media are picking up as Anwar pave his way for an audience with the Yang Di-Pertuan Agong.
Trending keywords in the social media regarding Anwar’s meeting with His Majesty are:
1) The outcome of his audience with the King
2) Proof of majority of MPs that support him as the new prime minister
3) His press statement that His Majesty needs time to call forward all the party leaders
[Politician’s Power Struggle]
Responses towards the news from Anwar’s press statement and the palace’s official statement are divided. Most people condemned the move, as they believe that the politicians are power hunger and the people are nothing to them, especially in this harsh pandemic season. Others make fun of the news from the palace’s official statement that mentioned Anwar did not provide the list of his supporters.
[Support for Anwar]
Despite the volume of people against the move made by Anwar, a number of people shows their support towards his struggle. Few believes that it was a strategy by Anwar not to reveal the list of supporters. Also visible are comments questioning His Majesty neutrality in handling political conflicts.
[Stay, Muhyiddin!]
While the focus is on Anwar’s possibility of becoming the new prime minister, some social media user backs Muhyiddin as their prime minister. They appreciate the struggle he has put in facing the then unknown virus and manage to help out the needy during the trying situation.