GENERATING IMPACTFUL RESEARCH
Tidak dinafikan Malaysia merupakan salah sebuah negara yang terbaik dan mempunyai daya persaingan yang tinggi dari sudut kualiti pendidikan selepas Singapura. Namun, pandemik yang melanda dunia kini secara tidak langsung memberi kesan kepada para guru, murid mahupun ibu bapa dari sudut pendidikan. Kebanyakan negara telah […]
OpinionPembangunan sosial merupakan suatu proses pembangunan yang memfokuskan kepada pembentukan manusia dan sistem sosialnya. Selain itu, pembangunan sosial juga berkait rapat dengan program dan dasar yang cenderung kepada penambahan nilai dan pembangunan budaya yang dapat menambah baik kualiti hidup dan kedamaian masyarakat. Dalam konteks Malaysia, […]
OpinionMenurut laporan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, pada Mei 2021 kadar pengangguran di Malaysia merekodkan penurunan sedikit sebanyak 0.1 mata peratus kepada 4.5% berbanding 4.6% pada April 2021. Justeru itu, bilangan penganggur yang dicatatkan seramai 742.7 ribu orang pada April 2021 berkurang kepada 728.1 ribu orang […]
OpinionMenurut laporan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, pada Mei 2021 kadar pengangguran di Malaysia merekodkan penurunan sedikit sebanyak 0.1 mata peratus kepada 4.5% berbanding 4.6% pada April 2021. Justeru itu, bilangan penganggur yang dicatatkan seramai 742.7 ribu orang pada April 2021 berkurang kepada 728.1 ribu orang […]
OpinionMenurut laporan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, pada Mei 2021 kadar pengangguran di Malaysia merekodkan penurunan sedikit sebanyak 0.1 mata peratus kepada 4.5% berbanding 4.6% pada April 2021. Justeru itu, bilangan penganggur yang dicatatkan seramai 742.7 ribu orang pada April 2021 berkurang kepada 728.1 ribu orang pada Mei 2021.
Penurunan itu berikutan kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kebanyakan tempat membolehkan situasi tenaga buruh Malaysia pada April 2021 terus berada di landasan pemulihan. Situasi ini membuka lebih banyak peluang kepada perniagaan meneruskan aktiviti dalam kapasiti penuh dengan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Bagaimanapun, krisis kesihatan dengan pertambahan mendadak jumlah kes COVID-19 pada Mei 2021 menyebabkan pelaksanaan PKP penuh di seluruh negara dilaksanakan iaitu bermula 1 Jun 2021. Hal ini menyebabkan penutupan penuh semua sektor ekonomi dan sosial kecuali ekonomi dan perkhidmatan perlu. Berikutan senario itu, ekonomi rakyat dijangka akan berdepan situasi yang mencabar bagi beberapa bulan ke hadapan. Oleh itu, pihak kerajaan perlu melaksanakan solusi-solusi yang efektif supaya dapat mengurangkan impak dan seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan.
Majoriti penduduk luar bandar mencadangkan agar industri tempatan dirancakkan melalui bantuan dana oleh pihak kerajaan. Seperti yang kita sedia maklum bahawa dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN), kebanyakan premis perniagaan masih tidak dapat beroperasi sepenuhnya. Oleh itu, kerajaan perlu menyalurkan beberapa bentuk bantuan demi menjamin kelangsungan perniagaan atau “business survival” terutamanya dalam kalangan pengusaha PKS mikro dan peniaga kecil.
Sebahagian besar penduduk luar bandar juga berharap agar peranan koperasi komuniti dapat diperkembangkan. Koperasi komuniti berupaya menjadi wadah atau cara untuk membantu rakyat memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup mereka. Sekiranya aktiviti koperasi komuniti ini dapat diperkembangkan, ianya mampu untuk membuka peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan rakyat, sekali gus menjana pendapatan negara.
Ketahui dengan lebih lanjut dan terperinci melalui dapatan QGA dalam ‘Analisa Persepsi Solusi Pilihan Rakyat Di Malaysia’ (Zon Tengah Luar Bandar: Kawasan Campuran)’
Untuk analisis lengkap dalam bentuk pdf dan infografik, anda boleh layari website QGA: https://qgenanalysts.org/analisaqga7/
Perkhidmatan kesihatan merupakan satu aspek penting untuk sebuah negara membangun. Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan RM30.6 bilion pada tahun 2020 dan RM31.94 bilion pada tahun 2021 kepada KKM untuk memastikan perkhidmatan kesihatan yang baik dapat diberikan kepada rakyat. Walaubagaimanapun, di sebalik peruntukan yang bertambah setiap tahun […]
OpinionPerkhidmatan kesihatan merupakan satu aspek penting untuk sebuah negara membangun. Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan RM30.6 bilion pada tahun 2020 dan RM31.94 bilion pada tahun 2021 kepada KKM untuk memastikan perkhidmatan kesihatan yang baik dapat diberikan kepada rakyat. Walaubagaimanapun, di sebalik peruntukan yang bertambah setiap tahun masih terdapat beberapa aspek sektor kesihatan yang perlu diperbaiki dan ditambah baik.
Majoriti masyarakat luar bandar berpendapat caj bayaran perkhidmatan kesihatan perlu dikurangkan bagi memastikan mereka mampu untuk membayarnya. Pesakit yang mendapatkan rawatan di premis kesihatan kerajaan perlu membayar mengikut jenis rawatan yang diterima berdasarkan kelas yang telah ditentukan oleh KKM. Kos rawatan yang tinggi untuk penyakit seperti kanser dan penyakit jantung membebankan pesakit khususnya masyarakat luar bandar yang mempunyai pendapatan rendah.
Sebahagian besar masyarakat luar bandar juga berpendapat prasarana kesihatan perlu ditambah baik, kekurangan kemudahan di fasiliti kesihatan luar bandar menyebabkan pesakit perlu ke bandar untuk mendapatkan rawatan. Tahap kemudahan kesihatan luar bandar yang membimbangkan telah menarik perhatian Sultan Selangor, yang telah menitahkan agar fasiliti kesihatan luar bandar ditingkatkan dan ditambah baik.
Bilangan hospital dan pusat kesihatan perlu ditambah di kawasan luar bandar untuk meningkatkan akses penduduk luar bandar kepada perkhidmatan kesihatan awam. Kekurangan pusat kesihatan di luar bandar akan menyukarkan pesakit yang perlu mendapatkan rawatan segera. Selain itu, jumlah bilangan pakar perubatan juga perlu perlu ditambah bagi melancarkan operasi semua jabatan di bawah KKM dan menampung bebanan kerja yang semakin meningkat. Secara tidak langsung ini dapat membantu mereka memberikan perkhidmatan yang lancar dan terbaik kepada rakyat.
Cadangan-cadangan ini adalah berdasarkan kepada respon daripada masyarakat luar bandar di Zon Tengah. Ketahui dengan lebih lanjut dan terperinci melalui dapatan QGA dalam ‘Analisa Persepsi Solusi Pilihan Rakyat Di Malaysia’ (Zon Tengah Luar Bandar: Kawasan Campuran)’.
Untuk analisis lengkap dalam bentuk pdf dan infografik, anda boleh layari laman web QGA: https://qgenanalysts.org/analisaqga7/
Barangan keperluan asas dan utiliti seperti beras, tepung, roti, minyak masak, telur, gas, elektrik dan air merupakan barangan keperluan harian yang sering dibeli dan digunakan oleh semua golongan masyarakat terutama golongan B40. Namun, harga barangan keperluan ini sering berubah-ubah kerana pergerakan harga barangan adalah berdasarkan […]
OpinionBarangan keperluan asas dan utiliti seperti beras, tepung, roti, minyak masak, telur, gas, elektrik dan air merupakan barangan keperluan harian yang sering dibeli dan digunakan oleh semua golongan masyarakat terutama golongan B40.
Namun, harga barangan keperluan ini sering berubah-ubah kerana pergerakan harga barangan adalah berdasarkan konsep “Demand & Supply”. Di sinilah para peniaga yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan terutama ketika kekurangan bekalan.
Majoriti penduduk luar bandar mencadangkan bahawa harga barangan keperluan asas dan utiliti perlu dikawal lebih ketat terutama ketika sambutan perayaan. Tindakan ini dapat meringankan penduduk luar bandar yang majoritinya merupakan golongan B40, iaitu golongan yang memperolehi pendapatan yang rendah dan tidak menentu.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merupakan kementerian yang bertanggungjawab dalam mengawal harga barangan keperluan harian. Terdapat 12 barangan keperluan harian yang telah diisytiharkan sebagai barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dinyatakan dalam Jadual 1 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Barangan tersebut adalah:
-Gula
-Tepung gandum
-Minyak masak
-Baja
-Kerosin
-Bar bulat keluli lembut
-Petrol Diesel
-Roti
-Gas petroleum cecair
-Simen
-Ayam
Di samping itu, majoriti penduduk luar bandar juga mahukan penyaluran bantuan sara hidup berkala kepada keperluan sasar.
Ini dapat membantu rakyat yang memerlukan untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka. Pada ketika ini, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) merupakan salah satu bantuan kerajaan kepada pelbagai lapisan masyarakat yang memerlukan.
Jumlah bantuan semasa kerajaan menerusi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021:
Bujang:
<RM 2500 = RM 350
Keluarga:
<RM 2500 = RM 1200 (≤1 anak) | RM 1800 (≥2 anak)
RM 2501 – RM 4000 = RM 800 (≤1 anak) | RM 1200 (≥2 anak)
RM 4001- RM 5000 = RM 500 (≤1 anak) | RM 750 (≥2 anak)
Bantuan ini perlu diteliti akan keberkesanannya supaya ia mencapai tujuan asal iaitu membantu meringankan kehidupan rakyat.
Selain itu, perluasan khidmat utiliti dan pengawalan faedah pinjaman perumahan juga menjadi sebahagian dari permintaan rakyat. Cadangan-cadangan yang diberikan adalah berdasarkan pandangan rakyat luar bandar di zon tengah Malaysia.
Untuk analisis lengkap dalam bentuk pdf dan infografik, anda boleh layari laman web QGA: https://qgenanalysts.org/analisaqga7/
Pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan dan mata pencarian serta menanggung kerugian teruk dalam perniagaan. Kesejahteraan dan kebajikan rakyat harus jadi keutamaan kerajaan, kerajaan perlu memastikan kelangsungan hidup rakyat terutamanya golongan mudah terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah […]
OpinionPandemik COVID-19 yang melanda Malaysia telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan dan mata pencarian serta menanggung kerugian teruk dalam perniagaan.
Kesejahteraan dan kebajikan rakyat harus jadi keutamaan kerajaan, kerajaan perlu memastikan kelangsungan hidup rakyat terutamanya golongan mudah terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian.
Terdapat 4 cadangan solusi oleh rakyat dalam soal kebajikan:
1)Penyelarasan fungsi Jabatan Kebajikan Masyarakat, NGO dan agensi-agensi kebajikan
Banyak NGO dan agensi kebajikan yang terlibat dalam proses menyalurkan bantuan kepada rakyat, penyelarasan perlu dibuat untuk memastikan bantuan dapat disalurkan dengan lebih lancar, pantas dan cekap serta merangkumi semua golongan yang terkesan tanpa ada yang tertinggal.
2) Penyediaan dana bagi penubuhan rumah perlindungan
Penubuhan rumah perlindungan bagi kanak-kanak, anak yatim, wanita, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas serta yang kurang bernasib baik melibatkan kos yang tinggi, ia sewajarnya mendapat dana sokongan lebih secara langsung daripada kerajaan.
3) Perluasan peranan wakaf/ ‘endowment’ dalam pendidikan, kesihatan dan lain-lain
Penubuhan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) adalah entiti wakaf yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal wakaf di peringkat pesekutuan.
Terdapat 5 fokus utama YWM di dalam menguruskan hartanah wakaf iaitu keagamaan, kesihatan, pendidikan, perlindungan dan penjagaan makanan. Masih ramai rakyat yang tidak tahu akan kewujudan YWM, YWM perlu mempromosi mereka di tengah masyarakat dengan lebih meluas dan kempen kesedaran masyarakat mengenai wakaf perlu diperhebatkan.
Selain itu, YWM perlu mengkaji apakah segmen wakaf lain yang perlu diperluas untuk manfaat rakyat.
4) Merancakkan perusahaan sosial
Geran Padanan Lonjakan Perusahaan Sosial (SEE) berjumlah RM10 juta merupakan sebahagian daripada inisiatif PENJANA melalui padanan sumbangan untuk menyokong kepentingan perusahaan sosial. Inisiatif ini disambut baik oleh rakyat dan rakyat berpendapat ianya perlu diteruskan dan diperluaskan.
4 cadangan solusi di atas adalah berdasarkan kepada kajian respon rakyat Malaysia yang tinggal di zon tengah luar bandar. Ketahui dengan lebih lanjut dan terperinci melalui dapatan QGA dalam ‘Analisa Persepsi Solusi Pilihan Rakyat Di Malaysia’ (Zon Tengah Luar Bandar: Kawasan Campuran)’.
Untuk analisis lengkap dalam bentuk pdf dan infografik, anda boleh layari website QGA: https://qgenanalysts.org/analisaqga7/
QGA telah menjalankan kajian bagi mendapatkan pandangan penduduk luar bandar di zon tengah Malaysia berkenaan fokus kerajaan dari sudut ekonomi. Kajian ini dijalankan di antara 16 November hingga 30 Disember 2020. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan tunjang utama ekonomi negara dengan jumlah keseluruhannya di […]
OpinionQGA telah menjalankan kajian bagi mendapatkan pandangan penduduk luar bandar di zon tengah Malaysia berkenaan fokus kerajaan dari sudut ekonomi. Kajian ini dijalankan di antara 16 November hingga 30 Disember 2020.
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan tunjang utama ekonomi negara dengan jumlah keseluruhannya di Malaysia hampir 700,000 PKS, sektor ini menyumbang lebih dua pertiga daripada jumlah pekerjaan di negara ini dan hampir 40 peratus kepada ekonomi.
Majoriti penduduk luar bandar mencadangkan agar bantuan untuk Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) ditambah untuk membantu meringankan beban kewangan IKS dan seterusnya menjamin dua pertiga daripada jumlah pekerja di negara ini terus mendapat pekerjaan. Selain meringankan beban kewangan IKS, akses untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada bantuan oleh kerajaan juga perlu dipermudahkan.
Seperti yang kita sedia maklum, IKS adalah industri yang terjejas teruk sejak pandemik Covid-19 melanda dunia. Beberapa pakej rangsangan dan bantuan oleh kerajaan melalui Belanjawan 2021, PEMERKASA, PEMERKASA+ dan PEMULIH telah memberi fokus kepada IKS. Adalah penting kita pastikan sektor PKS dapat terus cekal dan mampan dalam menghadapi tekanan dan cabaran ekonomi yang melanda negara pada waktu ini.
Sebahagian besar penduduk luar bandar juga berharap fokus kepada sektor pertanian, penternakan dan perikanan dapat dikembalikan. Ini sesuatu yang tidak menghairankan kerana sepanjang pandemik ini melanda negara, keperluan asas makanan menjadi amat penting. Belanjawan 2021 juga telah memperuntukkan hampir RM500 juta bagi memodernisasi sektor pertanian.
Ketahui dengan lebih lanjut dan terperinci melalui dapatan QGA dalam ‘Analisa Persepsi Solusi Pilihan Rakyat Di Malaysia’ (Zon Tengah Luar Bandar: Kawasan Campuran)’
Untuk analisis lengkap dalam bentuk pdf dan infografik, anda boleh layari website QGA: https://qgenanalysts.org/analisaqga7/
Peningkatan kes bunuh diri akibat kemurungan sepanjang pandemik Covid-19 melanda amat menyayat hati. Lantaran tekanan yang dihadapi, ada sebahagian daripada ahli keluarga, sahabat dan jiran kita memikirkan itulah jalan terakhir yang perlu diambil. Data daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menunjukkan peningkatan sebanyak 20 peratus […]
ArticlesPeningkatan kes bunuh diri akibat kemurungan sepanjang pandemik Covid-19 melanda amat menyayat hati. Lantaran tekanan yang dihadapi, ada sebahagian daripada ahli keluarga, sahabat dan jiran kita memikirkan itulah jalan terakhir yang perlu diambil.
Data daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menunjukkan peningkatan sebanyak 20 peratus pada tahun 2020 berbanding tahun sebelumnya. Sehingga November 2020, sebanyak 226 kes bunuh diri direkodkan [1].
Dari 1 Jan – 18 Jun 2021 sebanyak 122,328 panggilan diterima Talian Bantuan Sokongan Psikososial [2]. 89.4% daripada panggilan berkaitan kesan daripada masalah-masalah seperti:
• Kehilangan punca pekerjaan dan pendapatan• Hilang tempat bergantung
• Pergaduhan antara ahli keluarga
• Masalah rumahtangga (pertengkaran, perpisahan, penceraian) dan penderaan (emosi dan fizikal)
Bagi menangani dan membantu mereka yang mengalami tekanan, KKM telah melaksanakan beberapa inisiatif seperti:
• Pegawai psikologi KKM bekerjasama dengan MERCY Malaysia bagi memberikan khidmat kauseling menerusi Talian Bantuan Sokongan Psikososial sejak 25 Mac 2020
• Kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan lain untuk talian bantuan seperti KSK Care oleh JAKIM dan Talian KASIH di bawah KPWKM
• Perkhidmatan kepakaran psikiatri oleh para pakar
• Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial atau MHPSS (Mental Health Psychosocial Support Service) di hospital dan klinik kesihatan untuk kumpulan sasar merangkumi:
i. Person Under Surveillance (PUS) di Stesen Kuarantin dan di rumah
ii. Pesakit COVID-19 di hospital atau PKRC
iii. Petugas kesihatan yang bertugas dalam menangani pandemik COVID-19 di semua peringkat
iv. Petugas daripada agensi lain yang terlibat dalam mengendalikan pandemik COVID-19
v. Ahli keluarga kepada individu yang meninggal akibat COVID-19
Mereka yang mengalami masalah kemurungan memerlukan ‘telinga’ yang mendengar luahan hati dan ‘tangan’ yang sudi menghulurkan bantuan.
Segera dapatkan khidmat kaunseling untuk sokongan emosi serta mental.
Talian Sokongan Psikososial Covid-19 (KKM & MERCY)
03-2935 9935
014-322 3392
011-639 96482
011-639 94236
Talian Kasih (KPWKM)
15999
MyCare Covid-19 (JAKIM)
Telefon: 017-6609760
Whatsapp: 011-19598214
Emel: mycarecov19@islam.gov.my
Rujukan:
[1] Astro Awani “Kes bunuh diri naik mendadak, melonjak 20 peratus berbanding tahun lepas” https://www.astroawani.com/…/kes-bunuh-diri-naik…
[2] Inisiatif Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan (MHPSS) KKM https://www.facebook.com/kementer…/posts/10158018153766237
Antara syarikat besar yang sokong komuniti LGBT, boleh perhatikan persamaan warna dalam logo yang digunakan.
ArticlesAntara syarikat besar yang sokong komuniti LGBT, boleh perhatikan persamaan warna dalam logo yang digunakan.
Akhir-akhir ini terdapat banyak laporan yang melaporkan tentang isu pelarian Rohingya di Malaysia. Isu ini amat membimbangkan masyarakat kerana bilangan pelarian Rohingya semakin meningkat. Walaupun Malaysia bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967, Malaysia tetap menyediakan bantuan kemanusiaan kepada […]
ArticlesAkhir-akhir ini terdapat banyak laporan yang melaporkan tentang isu pelarian Rohingya di Malaysia. Isu ini amat membimbangkan masyarakat kerana bilangan pelarian Rohingya semakin meningkat.
Walaupun Malaysia bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967, Malaysia tetap menyediakan bantuan kemanusiaan kepada pelarian etnik Rohingya.
Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Malaysia tidak lagi dapat menampung lebih ramai pelarian kerana sumber dan kapasitinya sudah mencapai hadnya, ditambah pula dengan pandemik Covid-19.
3 Fakta tentang pelarian Rohingya:
1) Jumlah pelarian seramai 101,584 orang
Sehingga Mac tahun lalu, terdapat seramai 179,521 pemegang kad UNHCR yang tinggal secara sementara di Malaysia. Daripada jumlah itu, 56.6 peratus atau 101,584 orang daripada etnik Rohingya.
UNHCR berkongsi data statistik ini dengan Kementerian dan Agensi kerajaan setiap bulan. Statistik UNHCR menunjukkan berapa ramai orang yang UNHCR mampu daftar, bukan jumlah kedatangan baru ke Malaysia.
2) Memegang kad UNHCR
Kebanyakan pelarian Rohingya memegang kad UNHCR, suatu dokumentasi yang bertujuan untuk mengiktiraf status orang pelarian dan pemohon suaka yang memerlukan perlindungan antarabangsa.
Dokumen UNHCR membantu melindungi mereka dari diusir ke negara asal mereka di mana nyawa dan kebebasan mereka mungkin terancam. Setiap negara terikat kepada undang-undang adat antarabangsa tanpa mengira samada ia menandatangani Konvensyen 1951 Berkaitan Status Orang Pelarian atau tidak.
Kad UNHCR ini bukan lesen memandu, dokumen undang-undang, dokumen perjalanan, atau permit penetapan. Ia tidak memberi pemegangnya kekebalan dari tindakan undang-undang, mereka harus mematuhi undang-undang negara tuan rumah. Mereka tidak akan kehilangan kad pelarian secara automatik jika mereka melakukan jenayah kecuali kesalahan yang serius.
3) Rohingya adalah pelarian, bukan PATI
PATI adalah mereka yang berada di sesebuah negara tanpa dokumen yang sah. Mereka tetap mendapat perlindungan dari kerajaan negara mereka, nyawa serta kebebasan mereka tidak terancam jika diusir pulang.
Berbeza dengan pelarian Rohingya, mereka lari daripada negara asal akibat peperangan dan pencabulan hak asasi manusia. Nyawa serta kebebasan mereka terancam jika pulang negara asal.
KESIMPULAN
Dalam isu ini, Malaysia perlu menggesa Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) untuk mempercepatkan proses penempatan semula pemegang kad UNHCR ke negara ketiga.
Rujukan: KDN & UNHCR Malaysia
Varian coronavirus yang dilaporkan sudah berada dalam komuniti mendatangkan kebimbangan kerana berpotensi untuk meningkatkan tahap kesebaran, meningkatkan virulensi (keupayaan patogen atau mikroorganisma untuk menyebabkan kerosakan kepada hos) atau mengurangkan keberkesanan vaksin terhadapnya. KATEGORI SARS-CoV-2 Sejak kes mutasi varian B.1.1.7 dilaporkan di United Kingdom, Kementerian Kesihatan […]
ArticlesVarian coronavirus yang dilaporkan sudah berada dalam komuniti mendatangkan kebimbangan kerana berpotensi untuk meningkatkan tahap kesebaran, meningkatkan virulensi (keupayaan patogen atau mikroorganisma untuk menyebabkan kerosakan kepada hos) atau mengurangkan keberkesanan vaksin terhadapnya.
KATEGORI SARS-CoV-2
Sejak kes mutasi varian B.1.1.7 dilaporkan di United Kingdom, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah melakukan survelan genomik bermula daripada Oktober 2020 bagi mengesan varian-varian yang ada (Abdullah, 2021)
Varian SARS-CoV-2 dapat dikategorikan kepada 2:
1. Variant of Concern (VOC)
Varian yang terdapat bukti peningkatan penularan, penyakit yang lebih teruk (cth: peningkatan hospitalisasi atau kematian), penurunan peneutralan ketara oleh antibodi yang dihasilkan semasa jangkitan atau vaksinasi sebelumnya, penurunan keberkesanan rawatan atau vaksin atau kegagalan pengesanan diagnostik (National Center for Immunization and Respiratory Diseases (NCIRD), Division of Viral Diseases, 2021)
2. Variant of Interest (VOI)
Varian dengan penanda genetik tertentu yang telah dikaitkan dengan perubahan pada pengikatan reseptor, pengurangan peneutralan oleh antibodi yang dihasilkan terhadap jangkitan atau vaksinasi sebelumnya, penurunan keberkesanan rawatan, berpotensi terkesan keatas diagnostik atau dijangkakan peningkatan penularan atau keparahan penyakit.
Jadual 1 menunjukkan bilangan kes positif COVID-19 dengan VOC dan VOI daripada 14 Mei 2021 hingga 9 Jun 2021 (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2021)
Jadual 2 pula menunjukkan varian-varian coronavirus yang dikenalpasti di Malaysia (World Health Organization, 2021)
KESIMPULAN
Untuk melawan varian-varian baru ini, sangat penting untuk kita mendapatkan kedua-dua dos vaksin. Hasil kajian Public Health England (PHE) mendapati bahawa selepas mengambil dua dos vaksin, tahap keberkesanan perlindungan badan terhadap varian SARS-CoV-2 meningkat dengan ketara (Citroner, 2021)
Kerajaan Malaysia telah meningkatkan kadar suntikan vaksin kepada 150,000 sehari dan menambah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dalam usaha untuk mencapai imuniti kelompok.
Rujukan: KKM, NCIRD, WHO
PKP yang pertama di Malaysia ialah pada 18 Mac 2020, ianya telah dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia untuk menangani penularan pandemik COVID-19. Kes COVID-19 ketika itu telah mencapai 3 angka, iaitu seramai 673 pesakit. PKP yang dilaksanakan selama 14 hari itu telah berjaya mengurangkan dengan ketara […]
OpinionPKP yang pertama di Malaysia ialah pada 18 Mac 2020, ianya telah dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia untuk menangani penularan pandemik COVID-19.
Kes COVID-19 ketika itu telah mencapai 3 angka, iaitu seramai 673 pesakit.
PKP yang dilaksanakan selama 14 hari itu telah berjaya mengurangkan dengan ketara kes COVID-19 tetapi telah memberi impak buruk kepada ekonomi Malaysia:
1) Kerugian sebanyak RM2.4 billion sehari kepada ekonomi negara
2) Pengangguran telah meningkat daripada 551 700 orang (Januari 2020) kepada 826 100 orang (Mei 2020)
3) Malaysia merekodkan penguncupan KDNK paling besar dalam sejarah dan prestasi paling buruk di rantau ASEAN pada suku kedua 2020, mencatatkan -17.1 peratus