0 2 mins 53 yrs

QGA telah menjalankan kajian bagi mendapatkan pandangan penduduk luar bandar di zon tengah Malaysia berkenaan fokus kerajaan dari sudut ekonomi. Kajian ini dijalankan di antara 16 November hingga 30 Disember 2020.

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan tunjang utama ekonomi negara dengan jumlah keseluruhannya di Malaysia hampir 700,000 PKS, sektor ini menyumbang lebih dua pertiga daripada jumlah pekerjaan di negara ini dan hampir 40 peratus kepada ekonomi.

Majoriti penduduk luar bandar mencadangkan agar bantuan untuk Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) ditambah untuk membantu meringankan beban kewangan IKS dan seterusnya menjamin dua pertiga daripada jumlah pekerja di negara ini terus mendapat pekerjaan. Selain meringankan beban kewangan IKS, akses untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada bantuan oleh kerajaan juga perlu dipermudahkan.

Seperti yang kita sedia maklum, IKS adalah industri yang terjejas teruk sejak pandemik Covid-19 melanda dunia. Beberapa pakej rangsangan dan bantuan oleh kerajaan melalui Belanjawan 2021, PEMERKASA, PEMERKASA+ dan PEMULIH telah memberi fokus kepada IKS. Adalah penting kita pastikan sektor PKS dapat terus cekal dan mampan dalam menghadapi tekanan dan cabaran ekonomi yang melanda negara pada waktu ini.

Sebahagian besar penduduk luar bandar juga berharap fokus kepada sektor pertanian, penternakan dan perikanan dapat dikembalikan. Ini sesuatu yang tidak menghairankan kerana sepanjang pandemik ini melanda negara, keperluan asas makanan menjadi amat penting. Belanjawan 2021 juga telah memperuntukkan hampir RM500 juta bagi memodernisasi sektor pertanian.

Ketahui dengan lebih lanjut dan terperinci melalui dapatan QGA dalam ‘Analisa Persepsi Solusi Pilihan Rakyat Di Malaysia’ (Zon Tengah Luar Bandar: Kawasan Campuran)’

Untuk analisis lengkap dalam bentuk pdf dan infografik, anda boleh layari website QGA: https://qgenanalysts.org/analisaqga7/

#QGenAnalysts

#GeneratingImpactfulResearch

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *