0 2 mins 53 yrs

Rakyat yang tertekan dan dilanda krisis ekonomi memohon untuk pengeluaran wang #KWSP Akaun 1 mereka tanpa apa apa syarat untuk menyelesaikan masalah kewangan mereka.

#KWSP membenarkan pencarum mengeluarkan duit dari akaun 1 melalui skim i-Sinar hanya kepada mereka yang kehilangan pekerjaan, tiada sumber pendapatan dan diberi cuti tanpa gaji.

Harapan rakyat kepada #KWSP adalah setiap pencarum mempunyai kelulusan untuk pengeluaran wang akaun 1 kepada segenap lapisan masyarakat bagi menghadapi krisis akibat terkesan dengan pandemik yang melanda negara.

#KWSP sering disebutkan pencarum untuk pengeluaran wang daripada Akaun 1 terutama sebelum dan tatkala #belanjawan2021 dibentangkan oleh Menteri Kewangan. Ianya masih diperkatakan di media sosial terutama di Facebook dan Twitter. Namun sedikit berkurangan jumlahnya ke hari ini.

#KWSP memberi desakan kepada pencarum untuk pengeluaran akaun 1 bagi menghadapi krisis ekonomi. Ini menjadikan #KWSP antara hashtag yang tinggi dalam minggu ini. Pencarum ingin membaikpulih tahap kewangan mereka terutama kepada individu berkeluarga dan peniaga-peniaga kecil untuk memulakan semula perniagaan mereka.

• Isu utama yang menjadi keluh kesah rakyat adalah ketiadaan wang (money)

• Pencarum memerlukan emergency fund dan one-off payment.

• Memerlukan Covid-19 pandemic direct cash untuk kelangsungan hidup walaupun terpaksa mengorbankan retirement fund mereka.

#qgenanalysts

#generatingimpactfulresearch

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *