0 2 mins 53 yrs

Berdasarkan statistik tangkapan yang telah dibuat oleh SPRM, tangkapan pesalah purata adalah 900 orang setiap tahun dari tahun 2016 hingga tahun 2020. Peningkatan 50 peratus berbanding tahun-tahun sebelumnya (2012-2015) iaitu hanya sekitar 600 tangkapan yang telah dibuat. Peningkatan ini disumbang oleh pemberian rasuah dan tuntutan palsu, antara kesalahan lain yang dilakukan juga adalah pemberian rasuah dan salah guna kedudukan.

Rasuah berlaku di sektor awam dan swasta, ianya bukan sahaja melibatkan orang biasa tetapi juga melibatkan golongan yang ada kuasa dan pengaruh. Jenayah rasuah dilakukan tidak kira masa, di Malaysia jenayah rasuah telah meningkat sepanjang pandemik COVID-19 iaitu sebanyak 509 tangkapan telah dibuat sehingga Jun 2021.

Rasuah adalah musuh No. 1 negara kerana rasuah membantutkan pertumbuhan ekonomi, menghilangkan minat pelaburan asing, meningkatkan kos pentadbiran dan urus niaga, menidakkan rakyat daripada mendapat perkhidmatan serta mendorong kepada berlakunya ketidakstabilan politik. Rasuah jika tidak dibanteras, ia akan tumbuh melebar lalu diterima sebagai norma dan akhirnya meresap menjadi budaya, hingga memusnahkan sesebuah negara bangsa.

Malaysia perlu tingkatkan usaha untuk membasmi rasuah, majoriti rakyat luar bandar berpendapat pengukuhan SPRM perlu dibuat secara berterusan diikuti dengan penguatkuasaan undang-undang yang lebih adil dan saksama. Jika pecahan dibuat mengikut kaum:

1) Kaum Cina lebih memilih penguatkuasaan undang-undang yang adil dan saksama

2) Kaum India memilih mengenakan hukuman lebih berat kepada pesalah

3) Kaum Melayu cenderung kepada perlaksanaan perundangan patuh Syariah selain daripada pengukuhan SPRM

Ketahui dengan lebih lanjut dan terperinci melalui dapatan QGA dalam ‘Analisa Persepsi Solusi Pilihan Rakyat Di Malaysia’ (Zon Tengah Luar Bandar: Kawasan Campuran)’.

Untuk analisis lengkap dalam bentuk pdf dan infografik, anda boleh layari laman web QGA: https://qgenanalysts.org/analisaqga7/

#QGenAnalysts

#GeneratingImpactfulResearch

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *