0 1 min 53 yrs

PKP yang pertama di Malaysia ialah pada 18 Mac 2020, ianya telah dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia untuk menangani penularan pandemik COVID-19.

Kes COVID-19 ketika itu telah mencapai 3 angka, iaitu seramai 673 pesakit.

PKP yang dilaksanakan selama 14 hari itu telah berjaya mengurangkan dengan ketara kes COVID-19 tetapi telah memberi impak buruk kepada ekonomi Malaysia:

1) Kerugian sebanyak RM2.4 billion sehari kepada ekonomi negara

2) Pengangguran telah meningkat daripada 551 700 orang (Januari 2020) kepada 826 100 orang (Mei 2020)

3) Malaysia merekodkan penguncupan KDNK paling besar dalam sejarah dan prestasi paling buruk di rantau ASEAN pada suku kedua 2020, mencatatkan -17.1 peratus