0 3 mins 53 yrs

Kes bunuh diri bukan lagi perkara asing dalam dunia sekarang, ia merupakan antara 10 penyebab kematian di dunia. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), terdapat lebih daripada 700 000 kes kematian setiap tahun yang memberi purata 1 kes bagi setiap 40 saat. Kes bunuh diri bukan hanya terjadi pada mereka yang menunjukkan simptom depresi secara terang-terangan, malah boleh terjadi pada sesiapa sahaja.

Malaysia berada di tangga ke-126 di dunia pada tahun 2019 berdasarkan statistik yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia, dengan kadar bunuh 5.7 orang daripada 100 000 orang. Kadar kes bunuh diri bagi lelaki adalah lebih tinggi dari wanita dengan kadar kematian 8.9 berbanding wanita hanya 2.3. Meskipun begitu, kajian menunjukkan cubaan membunuh diri adalah lebih banyak daripada wanita.

Apakah punca orang bunuh diri?

Secara umumnya, kebanyakan mereka yang bunuh diri adalah mereka yang mengalami tekanan (stress) yang tinggi sehingga merasakan diri tidak mampu lagi untuk meneruskan kehidupan. Mereka beranggapan dengan membunuh diri, maka semua penderitaan yang dialami akan hilang. Penyakit mental, kejadian traumatik dan kesunyian turut menyumbang kepada punca bunuh diri berlaku.

Situasi pandemik COVID-19 di seluruh dunia memberikan impak yang amat besar kepada kesihatan mental setiap individu dan masyarakat, Malaysia juga tidak terkecuali. Menurut laporan dari PDRM, jumlah kes bunuh diri dari Januari hingga Julai pada tahun ini telah meningkat sebanyak 143% berbanding tahun lepas.

Antara sebab ia berlaku:

1) kehilangan pekerjaan

2) kekurangan sumber pendapatan

3) kekurangan aktiviti sosial yang menyebabkan kemurungan

Pihak kerajaan mahupun badan bukan kerajaan telah melaksanakan banyak inisiatif dalam usaha mengurangkan kes bunuh diri. Sebagai contoh, talian bantuan sokongan 24 jam telah disediakan bagi mereka yang memerlukan khidmat kaunselor.

Kempen kesedaran kesihatan mental perlulah digiatkan dengan lebih meluas agar masyarakat terdidik dan sedar sekaligus tidak mengambil mudah akan isu ini. Masyarakat perlu mengambil peranan dengan lebih cakna dan prihatin terhadap keluarga, sahabat dan jiran sekeliling terutamanya yang terkesan dengan pandemik pada waktu ini.

Rujukan :

1. https://worldpopulationreview.com/…/suicide-rate-by…

2. https://kpkesihatan.com/…/kenyataan-akhbar-kpk-10…/

#QGenAnalysts

#GeneratingImpactfulResearch

#MalaysiaPrihatin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *