0 2 mins 52 yrs

Insiden pertembungan dua buah tren LRT pada 24 Mei 2021 Isnin lalu mendukacitakan ramai pihak. 64 penumpang dimasukkan ke hospital, 6 penumpang kritikal dengan 3 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. Jumlah keseluruhan penumpang yang terlibat dalam insiden ini adalah seramai 213 orang [1]. Rata-rata netizen melahirkan perasaan sebak dan mendoakan kesembuhan buat mangsa yang terlibat

Tindakan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang tidak professional dan tidak sensitif dalam sidang media ketika mengulas insiden pertembungan tren tersebut telah membangkitkan kemarahan netizen [2]. Netizen berpendapat, insiden ini perlulah dikendalikan dengan penuh empati dan bertanggungjawab

Pada 26 Mei 2021, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Menteri Kewangan telah bersetuju menamatkan perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd berkuat kuasa serta merta [3]

Bagi pihak rakyat, mereka mahukan kepimpinan yang berintegriti dan berwibawa serta melaksanakan tanggungjawab yang dipikul dengan serius [4]. Maka setiap pemimpin perlulah menjaga setiap tindak-tanduk masing-masing kerana mereka sentiasa diperhati dan dinilai oleh rakyat.

Semua rakyat sama ada yang berkhidmat di perkhidmatan awam, swasta, petugas barisan hadapan, peniaga dan pelajar masing-masing dihimpit ujian dari pelbagai aspek terutama waktu pandemik Covid-19 ini. Oleh itu, mereka memerlukan pemimpin-pemimpin yang terbaik untuk membantu mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Rujukan:

[1] Sinar Harian “LRT bertembung: Enam penumpang kritikal” https://www.sinarharian.com.my/…/LRT-bertembung-Enam…

[2] BuletinTV3 – Sidang Media PRASARANA Berhubung Insiden LRT https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/videos/2892291137753359

[3] Berita Harian “Khidmat Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana ditamatkan” https://www.bharian.com.my/…/khidmat-tajuddin-sebagai…

[4] Dapatan QGenAnalysts “Pemimpin Pilihan Rakyat: Mesra Rakyat, Berintegriti dan Berpengalaman Luas “https://www.facebook.com/QGenAnalysts/posts/2840055059616691

#QGenAnalysts

#GeneratingImpactfulResearch

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *